sKUter pUTeh
Designed By Free CSS Templates
Ketuanan melayu
klu beliau beria-ia mahu menghapuskan ketuanan melayu bererti beliau cuba mengubah atau meminda perlembagaan kerana Bahasa Melayu adalah sebahagian daripada Melayu kerana ketuanan melayu lah maka bahasa melayu dijadikan bahasa kebangsaan.. jika ingin menghapuskn ketuanan melayu, maka secara automatiknya kedudukan bahasa melayu dalam perlembagaan akan tergugat..
hal ini berkait juga dengan kesultanan melayu.. kerana kesultanan melayu lah yang melambangkan ketuanan melayu di bumi malaysia ini..
sudah-sudahlah... jgn la dibangkitkan isu ketuanan melayu.. ianya telah diterima sejak kemerdekaan lagi sebagai kontrak sosial yang menjadi tunjang kepada perpaduan antara kaum..
Apa Kisah dgn NAMWEE
dh la menghina orang melayu.. menghina Kementerian Pelajaran... tapi masih tiada lagi hukuman yang dikenakan...
Aduhai bangsa sendiri dh kena hina tp masih lagi bebas orang yg menghina.. dah la tiada ucapan maaf...... dan yang terbaru NAMWEE sedang mempromosikan konsert yang bakal diadakan Stulang Laut J.B
dah siap naik poster lagi.. sila klik di sini
Angkuh dan Biadap
terdesak utk mencari populariti sehingga menjadikan lidah beliau begitu mudah menyatakan bahawa Mahathir ialah pemimpin yang tersungkur di Australia...
Ni lah contoh pimpinan Parti Keadilan Rakyat yang pandai menghina.. mengumpat.. menfitnah... tanpa menyedari bahawa Mahathir adalah pemimpin yang telah banyak berjasa dalam membangunkan negara... diakui sendiri oleh pakar ekonomi dari luar..
Engkau Azmin... apa jasa kau???? apa yang kau dah sumbang kat negara???? mmg makhluk biadap... Makhluk angkuh..
Walaupun berbeza aliran dan pemikiran politik, tak seharusnya ungkapan sebegitu dikeluarkan.. mahathir telah menjana idea beliau untuk kesejahteraan negara yang kau sendiri kecapi...
manusia yang bercakap tanpa menggunakan akal adalah sama sperti binatang.. sbb binatang xde akal...
Selamat hari Malaysia dan ulang tahun pembohongan besar....
pada tarikh keramat itu juga la telah menjadikan MALAYSIA sebuah negara yang mempunyai kepelbagaian kaum dan etnik..
kini pada tahun 2010 setelah 47 tahun Persekutuan tANAH Melayu menjadi Malaysia dan juga telah genap 2 tahun pembohongan yang dilakukan oleh anWAR untuk menawan putrajaya..
sempena sambutan hari Malaysia yang diadakan di Kota Kinabalu, telah dipasang satu kain rentang menyambut pembohongan besar oleh anWAR.. HAHA..
sila klik di sini
Beria-ia nk saman Petronas.
ada udang di sebalik batu rupanya..
artikel dari gwm
mari kita tengok, siapa yang kena..
Dosa Tinggal Solat Lebih Besar Daripada Zina
www.iluvislam.com
Dihantar Oleh: epid
Editor: nazir_dinie
Pada satu senja yang lengang, kelihatan seorang wanita berjalan dalam keadaan terhuyung-hayang. Pakaiannya yang serba hitam menunjukkan dia dicengkam kesedihan manakala kerudungnya menutup rapat hampir seluruh wajahnya.
Walaupun tidak bersolek atau memakai perhiasan lain di tubuhnya, kulitnya yang bersih, memiliki tubuh yang ramping dan rona wajah yang ayu, tetap tidak dapat menghapuskan kepedihan yang sedang membelenggu hidupnya.
Dia melangkah perlahan-lahan mendekati rumah Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu perlahan-lahan sambil mengucapkan salam. Apabila terdengar ucapan ‘silakan masuk’ dari dalam, wanita cantik itu melangkah masuk sambil kepalanya terus tertunduk.
Air matanya berderai ketika dia berkata: “Wahai Nabi Allah, tolonglah saya, doakan saya supaya Tuhan berkenan mengampunkan dosa keji saya,” “Apakah dosamu wahai wanita ayu?” tanya Nabi Musa a.s. terkejut. “Saya takut mengatakannya,” jawab wanita cantik itu. “Katakanlah, jangan ragu-ragu,” desak Nabi Musa.
Lalu wanita itu memulakan cerita, “Saya….telah berzina.” Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan, “Dari penzinaan itu, saya pun…. hamil. Setelah anak itu lahir, langsung saya…cekik lehernya sampai…mati,” cerita wanita itu sambil menangis sekuat-kuat hati.
Mata Nabi Musa berapi-api dan dengan muka yang berang, dia mengherdik, “Perempuan jahat, nyah kamu dari sini! Supaya seksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!” teriak Nabi Musa sambil memalingkan muka kerana jijik.
Mendengar herdikan itu, wanita itu pun segera bangun dan berlalu dengan hati yang hancur luluh. Ketika keluar dari rumah Nabi Musa, ratapannya amat memilukan. Dia terfikir ke mana lagi dia hendak mengadu kerana apabila seorang Nabi sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang betapa besar dosanya dan jahat perbuatannya.
Tetapi dia tidak tahu bahawa sepeninggalannya, Malaikat Jibril turun berjumpa Nabi Musa. Lalu Jibril bertanya: “Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu ada dosa yang lebih besar daripadanya?”
Nabi Musa terperanjat. “Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita penzina dan pembunuh itu?” tanya Nabi Musa kepada Jibril. “Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?” “Ada,” jawab Jibril dengan tegas. “Dosa apakah itu?” tanya Nabi Musa lagi. “Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar daripada seribu kali berzina.”
Mendengar penjelasan itu, Nabi Musa kemudian memanggil wanita itu untuk menghadapnya semula. Dia mengangkat tangan dengan khusyuk untuk memohon ampunan kepada Allah S.W.T untuk wanita itu.
Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahawa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu ke atas dirinya. Bererti, dia seakan-akan menganggap remeh perintah Allah, bahkan seolah-olah menganggap Allah tiada hak untuk mengatur dan memerintah hambaNya.
Ya allah janganlah ENGKAU bolak balik hati kami setelah ENGKAU beri petunjuk kepada kami.
Selamat hari raya
SKUTER PUTEH mengucapkan selamat hari raya dan maaf zahir batin andai penulisan skuter puteh menyinggung perasaan.
semoga di lebaran kali ini memberikan rahmat dan sejahtera kepada diri, keluarga, agama dan negara..
sekali lagi, sepuluh jari disusun memohon jutaan ampun dan maaf andai terlanjur perkataan..