Sejak akhir-akhir ini banyak sangat dah anak dara even janda pun termakan pujuk rayu mas lombok hingga di bawanya pulang ke tempat asal mereka.
mula-mula tu aku kesian, pastu bila baca balik, teliti betul-betul.. aku MENYAMPAH...
1st, aku rasa anak gadis tempatan kita GATAL... umur baru 15 hingga 18 tahun dah heboh nak menggatal, nak bercinta sampai ikut jantan tu ke lombok... kahwin kat sana.. pastu baru sedar yang hidup tak seindah mimpi bila di sana.. PERUT berisi... pastu kena kerja teruk2... makan ayam setahun sekali... bukan nak menghina jauh sekali mengeji tapi realiti menurut pembacaan aku.. hidup kat Malaysia cukup bertuah, makan pakai mak bapa jaga lagi. xperlu nak susah-susah kerja. just belajar je tapi apa yang diorang buat.. heboh nak lari kejar CINTA... ha baru taw CINTA xboleh bagi makan... cuba g kedai beli gula pakai cinta,boleh??? kalau leh g wat statement kat suratkhabar.. mesti pasni orang bercinta je.. xyah g keje.
2nd, romantik sangat ke MAS LOMBOK ni???? cuba buktikan satu benda romantik diorang???
romantik bukan dari segi ayat je tapi perbuatan pun dikira romantik... Aku rasa jejaka MALAYA romantik lagi tapi bukan semua la.. ade je hampeh.. tapi xperlu lah label LAKI MALAYSIA XROMANTIK BERBANDING JEJAKA LOMBOK. bapa aku romantik... kasih sayang dan cinta die pada mama sangat romantik n aku sebagai anak memang nampak keromantikan tu. romantik selepas kahwin baru diiktiraf berbanding masa bercinta. tu semua topeng je.... dan JANGAN jadikan alasan sahaja bahawa laki malaysia ni xromantik then terhegeh-hegeh g kejar mas lombok.. padahal diri kena reject dgn orang tempatan then guna lah ayat tu nak cover malu...
3rd, pukau or sihir.. kalau bab ni aku simpati la.. benda-benda sihir ni mmg susah kita nak atasi kalau xtaw cara.. yang kena pukau dengan mas lombok sampai lari ke sana.. alih2 kat sana baru ilang sihir tu.. tup-tup dah kena kawin...
latest aku baca di kosmo, jejaka lombok ni xpernah yang masuk negara kita ni cara halal. semuanya cara haram.. so, kerajaan kena lakukan inisiatif kekang benda ni... jangan sampai abis semua anak dara kat malaysia lari ke sana.. t makin ramai lak bujang tua..
lagi satu.. gadis tempatan tolong lah pikir betul-betul, jangan lah kejar sangat cinta.. buat apa cinta kalau mak bapak xrestu.. x kemana gak... kasihan lah kat mak bapak.. menangis-menangis merayu surh anak balik.. dah satu hal lak nak g mencari kat sana..
Kat malaysia ni cukup selesa, makan pakai cukup, api air ade. pikir la betul-betul masa depan kalian.. jangan mudah terpengaruh dengan janji yang indah khbar dari rupa..
ayat renungan " Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik". Jangan risau kalau xjumpa jodoh.. doa la banyak kat MAHA PENGASIH... moga dipertemukan dengan lelaki tempatan yang baik..
sKUter pUTeh
Designed By Free CSS Templates
0 comments:
Catat Ulasan
Lu Pikir..Lu Tulis