Pengkhianat kena Tangkap

Pasir: 34 ditangkap

PUTRAJAYA 20 Jan. – Seorang pegawai khas dan setiausaha sulit ahli politik antara 34 orang ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melibatkan nilai suapan RM280,000 dalam kes penyeludupan pasir di beberapa negeri.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi SPRM, Datuk Mohd. Shukri Abdull berkata, suapan tersebut turut melibatkan tiga kes rasuah seks bertujuan memudahkan proses permohonan dan kelulusan mendapatkan pasir.

Menurut beliau, setiap individu yang terlibat didakwa menerima nilai suapan di antara RM500 sehingga RM50,000.

“Daripada jumlah tangkapan, 24 daripadanya melibatkan kakitangan kerajaan termasuk lima pegawai kanan.

“Tangkapan yang dibuat semalam dan hari ini juga melibatkan lima orang awam dan tiga pekerja swasta,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat SPRM di sini hari ini.

Salah seorang yang ditahan hari ini ialah Hussein Ahmad yang bertugas sebagai setiausaha sulit kepada Exco kerajaan Selangor, bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah melibatkan kelulusan kontrak perlombongan pasir dan lawatan ke China baru-baru ini.

Menurut Mohd. Shukri, tangkapan tersebut hasil kerjasama orang ramai yang menyalurkan sejumlah 410 maklumat.

Dalam pada itu, kata beliau, salah seorang yang ditahan dalam kes penyeludupan pasir tersebut telah didakwa di sebuah mahkamah di Perak hari ini.

Jika disabitkan kesalahan, individu berkenaan boleh didenda sebanyak RM30,000 dan penjara tidak melebihi lima bulan.

Mengulas lanjut mengenai tangkapan 34 orang tersebut, Mohd. Shukri memberitahu, ketika tangkapan di Selangor hari ini, pegawai SPRM menghadapi halangan untuk melakukan tugas mereka.



Kerana rasuah seks dan wang ringgit diorg sanggup menggadaikan tanah negara, tapi aku kurang puas hati dengan jumlah denda dan tempoh hukuman penjara tu.. aku berpendapat mungkin perlu ditambahkan lagi seksa tu baru berkesan kot. baru xde orang nk seludup pasir kita ke tembok seberang. Jumlah suapan sampai ke Rm 50K tapi denda RM30K. senang-senang je diorang or tauke2 mereka bayar...


Siasat gak kat JErung-Jerung besar.. SU politik yang kena tahan tu mesti ade kabel besar dari exco tu. sbb tu die brani wat gni..

TLG SIASAT sehingga ke lubang cacing.. Jangan la gadaikan negara kita kerna wang.

0 comments:

Catat Ulasan

Lu Pikir..Lu Tulis