Belanja Sekolah

Tiba je hujung tahun pasti membuatkan kebanyakan ibu bapa mula pening memikirkan bajet untuk persekolahan anak-anak. Baju sekolah satu set, alat-alat kelengkapan lain, kasut, beg, baju uniform, buku-buku dan yuran. gamaknya dekat 800 kot sorang.

Budak2 skang terutama budak2 bandar, mane nak gemar pakai baju or kasut tahun lepas. bagi mereka naik tahun baru semua kena baru, dari hujung rambut sampai hujung kaki

ni lak anggaran bajet aku( mungkin tepat dan mungkin x)

Baju sekolah 2helai (satu sekolah agama) : RM 45
Seluar sekolah 2helai (satu sekolah agama) : Rm 28
Buku tulis Rm 80
kasut dan stokin RM 35
Beg RM 30
Alat tulis RM 20
baju uniform (pengakap atau lain) Rm 75
Yuran (campur sekolah agama) Rm150

Jumlah: Rm 463

tu belum masuk duit tambang bas, tuisyen, duit belanja hari

tu baru seorang anak, kalau 3 anak? macam aku dulu, abah n mama aku terpaksa kuarkan belanja utk 4 orang anak yang bersekolah.. tapi alhamdulillah mama n abah x pernah merungut pasal belanja sekolah sebab biasanya diorang akan simpan duit siap2. kira menabung la..

Patutnya pengorbanan ibu bapa ni dibalas dengan kejayaan tapi kenapa sejak akhir2 ni perangai budak sekolah makin teruk..

kes buli, ponteng, gaduh, khalwat n macam2 lagi. zaman aku sekolah dulu ada la gak benda2 gni tapi sekolah menengah je la.. tapi skang ni budak2 skolah rendah pun dah mula buat perangai. baru darjah 5 dah pandai isap rokok.. gaduh, buli.

Kalau xdapat nak balas jasa parent dengan kejayaan atau keputusan yang cemerlang, cukuplah dengan menjadi anak yang baik dan mendengar kata. xbuat masalah. kira berbaloi la gak duit ringgit yang mak bapak keluarkan untuk belanja sekolah anak-anak.

Kenang lah jasa ibu dan ayah.. bukan senang nak membesar kan dan menyekolahkan anak-anak. Berjuta-juta terima kasih untuk mama dan abah yang dah menyekolahkan aku.. tak terbalas jasa dan pengorbanan kalian.

zaman sekolah hanya sekali, dh terlepas susah nak patah balik...ingatlah murid-murid sekolah..

bila tulis pasal hal ni buat aku teringat kat lagu Allaharyam Sudirman.. pesan abang

adikku muda remaja
awasi bila melangkah
wajahmu manis bak bunga
pasti ramai yang tergoda

Tidak dilarang kau bersuka
Asal tahu kan batasnya
Jangan sampai adik terlupa
Harapan dan cita-cita

ibu dan ayah
menaruh harapan
Agar kau berjaya
di hari kemudian

Bila tiba waktu petang
Dari sekolah kau pulang
Bergalas buku di pinggang
siapa lihat kan tertawan

adik masih bersekolah
awas segala dugaan
adik kan ambil periksa
agar senang masa depan

Pembaziran

masa cuti hujung tahun ni, ada gak la aku berkesempatan pergi kenduri kawin dan majlis makan. mmg seronok la dpt makan sedap n dgn kemeriahan nya majlis perkahwinan.. smp terdetik gak la cemburu di hati... " bila la agaknya aku berpeluang jadi raja sehari ni"

tapi dalam kemeriahan dan keseronokan tu, ada benda yang wat aku tertanya-tanya, kenapa byk sangat sisa makanan dalam pinggan tu.. kalau xdpt nk abis kan kenape amik byk2... membazir kan amalan syaitan.. mak aku selalu pesan, klu amik makanan, makan bg abis. tu rezki, kalau xleh nak abis kan , jangan amik byk2.

Mungkin kita berada dalam keadaan selesa.. ye la ada duit, blh beli ape je.. n xde sape nak marah klu membazir sehingga timbul riak dalam diri.. tapi jangan ingt ada duit blh beli makanan.. contoh mcm kat korea utara.. ada satu daerah ni, pasar hanya jual sayur-sayur layu. PASAR xde barang nak jual sedangkan pembeli ramai, duit ad. manakala yang xde duit g kutip kat tong sampah.... jangan sampai kita pun jadi gtu sudah lah...

SEDARLAH, jangan nikmat makanan ni ALLAH s.w.t tarik.. baru terasa.. mungkin nampak hal ni remeh. nampak kecil tapi cuba kita bayangkan kalau makanan yang dibazirkan tu dapat diberi makan kepada yang memerlukan... alangkah bagusnya dari di campk kan ke dalam tong sampah..

kat AFRIKA sane, brape ramai yang kebulur.. n PBB peruntukkan berbilion2 untuk bantu golongan yang xdpt makan or kebuluran... kalau tiada kesedaran n sifat bersyukur dalam diri dan masih lagi riak dan takbur dengan kekayaan diri, tidak mustahil nikmat makanan diri ni blh di tarik.

Adakah keturunan beruk daripada Manusia???

dulu ustaz aku ade cite yang kaum nabi musa iaitu bani israil ni dijadikan beruk kerana melanggar perjanjian.. perkampungan kaum aykah klu xsilap


di mana pada zaman nabi musa, hari sabtu merupakan hari kebesaran yahudi dan utk beribadat serta dilarang untuk menangkap ikan.. pada mulanya mereka menurut tetapi ALLAH S.W.T nak uji keimanan mereka maka ALLAH S.W.T jadikan ikan lebih banyak pada hari sabtu berbanding hari lain.. pada hari sabtu ni ikan melompat-lompat nak menunjukkan banyaknya ikan tapi pada hari-hari lain, nak tangkap seekor pun susah..


Akibat terpedaya dengan nafsu dan hasutan syaitan maka ada la yang g tangkap ikan pada hari sabtu , mula-mula 2 3 kerat je yang berani g. Lama-kelamaan hampir semua pergi menangkap ikan pada hari sabtu dan tidak beribadat kepada ALLAH S.W.T. maka ALLAH S.W.T menurunkan azab dan menjadikan mereka beruk..

Dan sesungguhnya kamu telah mengetahui (bagaimana buruknya akibat) orang-orang di antara kamu yang melanggar (larangan) pada hari Sabtu, lalu Kami berfirman kepada mereka: "Jadilah kamu kera yang hina" (surah al baqarah ayat 65)


dikatakan DNA manusia dan beruk hampir 98% sama, beruk adalah haiwan yang cam dirinya ketika melihat cermin, beruk tidak rabun warna.. teori darwin ni terpesong... klu die beriman dengan ALLAH S.W.T dan AL QURAN pasti die akan menyatakan sebaliknya

"beruk berasal dari manusia"


wallahualam
sesungguhnya ALLAH S.W.T maha mengetahui

Konsert Tahun Baru

Tiap kali hujung tahun, pasti konsert new year yang ditunggu2 oleh jutaan muda mudi..

Antara lokasi konsert yang biasa dilakukan ialah di KLCC dan Dataran Merdeka..

Tadi aku tgk berita, ada la pegawai RTM tu gtaw yang konsert ambang merdeka akan diadakan dengan tujuan untuk berhibur sambil mendidik generasi muda..


Boleh ke KONSERT mendidik??? ape intisari program yang dikatakan mendidik tu???

walaupun aku membesar dari kecil sampai besar di IBUKOTA ni.. tapi xpenah sekali pn aku join g tgk konsert new year (boleh sumpah pegang AL quran punye) dan banyk kali aku mengecewakan pelawaan geng2 aku. sori geng.

Bagi aku, konsert sambut tahun baru ni bukan budaya aku. ni budaya bangsa asing yang kini makin digemari oleh bangsa ku.. ape pekdah nye tengok artis melalak, pastu berhimpit2.. panas lg.. and terang2 dapat dosa..

saluran tv pun bukan main lg siap tunjuk siaran langsung, lintas langsung nk tunjuk keadaan kat konsert tahun baru.. menggalakkan lg org nk g.. pastu bila dipersalahkan tentang keruntuhan moral remaja adalah berpunca daripada media maka dengan pantasnya mereka menafikannya...

bagi aku xperlu lah bazir duit terutamanya RTM, xyah la wat konsert2 ni.. xde pekdah la.. ekonomi tgh xstabil lg... dana kerajaan pun tengah terhad ni. xyah la membazir.. perlu ke kejar rating TV tu dengan mengadakan konsert????

n pembaziran yang ternyata jelas ialah dengan membeli bunga api untuk tahun baru..betul2 membazir.. bukan kecik2 anak punya bajet utk bunga api.. aku rasa cecah gak r ratus ribu or maybe juta klu pakai tender goverment. bayar duit artis lg, event management lagi. sound system, lighting, sewa tapak lg.. berapa la gamaknya belanja nye.. juta smp kot... pergh duit tu kalau dimanfaatkan sepenuhnya ad pekdahnya...

"Dan belanjakanlah (harta bendamu di jalan ALLAH dan janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan" (surah al baqarah (195)

binasa dari konteks ni bukan sahaja binasa badan tapi binasa akal, maruah, akhlak dan bermacam2 lg...


ORANG MALAYSIA tapi xreti BERBAHASA MALAYSIA

masih ada lg ke golongan ni.. kta dah merdeka 52 tahun... dan BAHASA MALAYSIA (dulunya BAHASA MELAYU) tapi sedihnya ada lagi rakyat MALAYSIA yang tergagap-gagap.. xfasih berbahasa malaysia..

macam tak logik je... bangla dengan indon pun datang keje kat malaysia blh fasih ckp MALAYSIA, duduk dalam 10 bulan dan boleh nak berkomunikasi dengan orang tempatan..

cukup aku menyampah ade makhluk yang xreti nak komunikasi guna bahasa kebangsaan dengan betul.

dalam tv pun aku penah tgk, masa tgh temuramah, tergagap ckp bahasa malaysia.. come on lah.... masa skola dulu xblaja bahasa malaysia ke??? x amik exam bahasa malaysia ke?????

ntah2 pendatang haram, sebab tu xleh berbahasa malaysia dengan baik.. dari kecik smp besar xkan xreti berbahasa malaysia gni..

x jadi 1 malaysia r gni klu bahasa yang diguna pakai oleh seluruh rakyat malaysia, masih terdapat manusia yang xfasih berbahasa malaysia..

pihak berwajib tolong ambil tindakan.. wat undang-undang baru ke bagi sesiapa yang xleh berbahasa malaysia dengan baik dikenakan tindakan. baru lah celik mata yang sepet tu untuk betul2 menguasai bahasa malaysia..


luahan geram,
skuter puter......

Tahniah Pasukan B-23 Malaysia

Tahniah... tahniah.. tahniah..

Aku merasa bangga di atas pencapaian pasukan bola sepak kali ini...... Permulaan pada perlawanan pertama agak baik dengan menewaskan Timor Leste 11-0, namun harapan nampak sedikit goyah apabila tewas pada Vietnam dalam peringkat kumpulan, Kembali menghidupkan sisa perjuangan dengan menewaskan Kemboja 4-o dan mengejutkan Thailand 2-1, membuka semua mata di Asia Tenggara yang Malaysia mampu bangkit untuk mencapai emas..

Kemudian dengan langkah bergaya menewaskan tuan rumah 3-1 dan seterusnya MENANG ke atas Vietnam 1-0. menamatkan BADI 20 tahun.. dari coach tempatan, kita pakai coach luar, then pakai blk coach tempatan. dan sentuhan K.Rajagobal mencorakkan kemenangan yang didahagakan oleh seluruh rakyat MALAYSIA iaitu untuk melihat MALAYSIA merangkul EMAS bolasepak.

Sepanjang 2 siaran langsung yang aku lihat. Corak permainan MALAYSIA benar2 berubah.. kalau dulu main slow je. bosan aku tengk.. tapi kali ini MALAYSIA menguasai permainan dan melancarkan serangan bertali arus. tak putus2 MALAYSIA menyerang.. GAME mcm ni baru rakyat nk tgk. kalau dulu lembik je.. nak lari jap pastu org langgar ckit tumbang... tapi team kali ni berbeza sungguh.. larian deras sepanjang permainan yang aku lihat. dari mula smp nak habis game... Pemain nampak bersemangat.. baru lah yang menonton jd semangat..


TAHNIAH DAN SYABAS.. buat K.RAJAGOBAL, jurulatih2 dan para pemain yang bertungkus lumus untuk menghadiahkan kemenangan yang telah lama dinantikan..

aku BANGGA, PM BANGGA, 1 MALAYSIA BANGGA... tahniah.

doa akhir dan awal tahun


awal muharram..

satu muharram detik permulaan
perkiraan tahun islam hijrah
perpindahan nabi dan umat islam
dari kota mekah ke kota madinah

Atas keyakinan dan iman yang teguh
kaum muhajirin dan ansar bersatu
rela berkorban harta dan nyawa
demi menegakkan islam tercinta

Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan

Oleh itu mari semua
kita sambut maal hijrah
Tingkatkan semangat
Sebarkan syiar islam
Untuk sepanjang zaman
Untuk sepanjang zaman

tahun baru hijrah...

alhamdulillah kerana usia ku masih dipanjangkan dan ini membuktikan yang aku semakin berusia...

masa yang lalu xkan dapat di ulang kembali, pakai la bapak teknologi pun kerna ALLAH dh berfirman dalam AL quran "Demi masa sesungguhnya manusia dalam kerugian"...
dan imam syafie pun ad berkata bahawa

di tahun baru hijrah ini, aku berdoa

semoga usia ku, ibubapaku, keluarga, yang tersayang, rakan2ku, pensyarah ku dipanjang kan dan dimurahkan rezki, ditetapkan iman, diberi petunjuk dan hidayah. Semoga, aku berjaya menghijrahkan diri dari sifat2 negatif..

semoga di tahun baru hijrah ini, kita berpeluang melihat dua puak politik Malaysia bersatu.. seperti puak ansar dan muhajirin.. moga ALLAH bukakan pintu hati pemimpin ISLAM untuk bersatu dan menguatkan kembali ikatan persaudaraan sesama islam.

Moga ALLAH satukan pemimpin2 dunia untuk bangkit dan membantu PALESTIN menentang kezaliman YAHUDI LAKNATTULlAH ..

Semoga kemakmuran dan keamanan negara dapat dikekalkan. dijauhkan segala huru-hara(demonstrasi jalanan,rusuhan)... moga ekonomi negara kembali stabil dan terus meningkat supaya takde lagi inflasi, cukai2 dsb...

Tahniah Pasukan B-23 Malaysia kerana berjaya ke Final

aku nk ucapkan tahniah kepada pasukan b-23 negara, kepada pemain-pemain. tadi aku sempat mesej member2 aku n sempat gak baca kat forum2 tentang apa yang mereka katakan tentang perlawanan tadi... ni aku senaraikan apa yang peminat n rakyat akan cakap tentang perlawanan tadi..

Rakyat dan Peminat yang patriotik

  1. tahniah, aku bangga Malaysia g final... insyaallah boleh menang...
  2. Malaysia men bagus tadi... bersungguh-sungguh. berjuang habis-habisan..
  3. Cara permainan Malaysia ada peningkatan berbanding game aritu..
  4. aku yakin malaysia blh menang final..
  5. w'pun laos berjaya menyamakan kedudukan tapi malaysia bangkit balik dan tak mengalah..

Rakyat dan Peminat yang tak patriotik (yang hampeh, bangang dan tak de semangat kenegaraan)

  1. alah team senang, dengan Laos blh la (padahal Laos tu juara kumpulan, atas singapore, indonesia)
  2. tgk la t final mesti kalah (patutnya doakan team malaysia, bukan harpkn kalah. bukan negara orang, negara sendiri)
  3. menang nasib je tu (padahal kita kena usaha dlu baru bergantung kat nasib, klu x usaha xdpt r)
  4. Main cam gampang leh menang, t kalah teruk punye dgn vietnam ( sepanjang aku tgk td, gol2 semua menarik, keeper n defender byk save, mid n striker byk attack kre gempak gak r game td)
  5. Boleh menang ke final?? (blm bertarung dah xyakin. Org mcm ni mesti xde motivasi diri)

ape2 hal pun, aku bangga dengan permainan Malaysia sepanjang sukan SEA kali ini, teruskan usaha... aku doakan Malaysia dapat tamatkan kemarau 20 tahun pingat emas bola sepak Malaysia.

Pencinta Hina


Pencinta Hina...

Ingin dihamparkan kepada dikau
Segala kemewahan dunia
Agar kau mengerti
Bahawa dirimu tak ternilai...


Ingin ku janjikan bulan dan bintang
Menjadi permainan mu..
Agar kau senantiasa riang tertawa
Namun ku khuatir janji dimungkiri

Kerna, diriku tak punya segalanya
Aku hanya Pencinta Hina di bumi Ar-rahman...
Yang mengemis cinta dan kasih

Ya, aku Pencinta Hina,
Yang tiada harta berjuta,
Yang tiada paras dan rupa,
Yang tiada pangkat dan darjat...

Namun,
Pencinta Hina ini
Faham apa itu setia,
mengerti nilai pengorbanan..
Menghargai harga sebuah kasih dan sayang...


Skuter Puteh... 12/12/09






*Sayang... thanks 4 everything.. love u..

isu BTN

aku membantah sekeras-kerasnya, bila ada pihak nak rombak BTN..

nyampah lak aku, bila isu BTN pun nak dipolitikkan...

aku penah pergi n masa aku g tu, ade je india follow skali..

xde pun fasi tu suruh pulau india tu, sruh pukul india tu ke..



kursus BTN xperlu lah dirombak, orang melayu ni kena selalu diperingatkan sebab melayu mudah lupa. bila g kursus ni baru naik balik semangat nak naikkan ekonomi bangsa, nak bantu bangsa sendiri,

BUKAN DIAJAR UNTUK BERGADUH DENGAN KAUM LAIN.. xde pun... wat gempak je politikus2..

dok heboh nak sruh tutup la, suruh hapuskan padahal diri sendri ntah penah g ke x BTN..

Bersatulah..

MELAYU mudah lupa...

MELAYU skang dh berpecah belah hingga senang bangsa lain mempertikaikan keistimewaan bangsa MELAYU...

Mereka dengan lantang dan berani nya menyatakan bahawa 'tiada lagi ketuanan melayu' di bumi melayu ini..

Mereka juga dengan berani nya mempersoalkan kesama rataan dalam pembinaan masjid di bumi negara islam..

Mereka juga dah berani mempersoalkan keistimewaan melayu yang telah termaktub dalam perlembagaan negara..

Ini lah dikatakan melepaskan anjing tersepit.. kita lepaskan.. kita yang digigit... kita yang merana...


Ni baru jadi ahli parlimen (MP), klu jd PM memang diubah nya terus..

Malaysia mungkin akan jadi mcm Turki(tu kire baik la).... tidak mustahil selagi melayu masih terus berpecah, berpuak.. tak pun mcm di Singa**ra, or Temas*k, apa jadi kat MELAYU di sana... kena kumpul dana $1 seorang utk bina masjid.. sebab ISLAM bukan agama rasmi di sana.. tak mustahil MALAYS*a bakal jadi mcam tu...

Masalahnya bukan bangsa lain yang memecahkan melayu.. tetapi orang melayu sendiri yang memecahkan bangsa sendiri... (sama mcm KITUL) demi mengejar kemewahan harta n pangkat.

Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh..

Melayu mudah lupa... dulu masa nak minta merdeka, Dato' Onn ada pesan "bersatulah kita seperti mana kita belum pernah bersatu".. skang ni melayu dah berpecah2, berpuak2..

Bersatu la MELAYU, aku dah bosan tgk MELAYU dgn MELAYU gaduh... MELAYU doa jahanam n laknat kaT MELAYU sendiri... sesama bangsa sesama agama...

ini semua kerna POLITIK..

Cuba lupekan seketika fahaman n pegangan politik.. lihat sekeliling.. tgk bangsa mane yang sedang meratah kekayaan bumi sendiri..

bangsa mane yang banyak dok kat umah2 besar, pakai kete2 mewah

bangsa mane yang masih mengemis, merempat...

umpama itik mati kehausan....

bersatu lah melayu, bila hak dan keistimewaan sendiri nak dirampas..
pembinaan masjd pun dipertikai...

bangkit lah melayu.. pertahankanlah hak ni..
jangan dah terhantuk baru nak terngadah..

janganlah jadikan perbezaan tu satu pertikaian.. jadikan lah satu perbezaan ni satu benda yang dapat dimanfaatkan untuk kepentingan bangsa...


aku bukan bersifat perkauman tetapi aku just nk luahkan kekesalan aku.. n aku cuma nk bagi kesedaran..

walaupun aku penulis kecil.. walau pena ku masih lagi tak tajam.. namun jiwa melayu, jiwa islam ku kuat... aku benci perpecahan..