Unsur militan di IPT

benarkah mahasiswa dan pensyarah yang dikatakan golongan bijak pandai telah terpengaruh dengan sentimen-sentimen yang kurang sihat.....

golongan mahasiswa dan pensyarah di IPT mungkin merasakan mereka ingin membetulkan masyarakat tapi apa yang ingin dilakukan secara pintas mungkin tidak mereka fikir akan kesannya yang begitu besar kepada negara... ataupun mereka telah terpengaruh dengan dakyah-dakyah palsu militan yang melakukan keganasan dan mencemarkan imej islam atas nama JIHAD.

Diriwayatkan daripada Ali r.a katanya: Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Pada akhir zaman akan muncul kaum yang muda usia dan lemah akalnya. Mereka berkata-kata seolah-olah mereka adalah manusia yang terbaik. Mereka membaca al-Quran tetapi tidak melepasi kerongkong mereka. Mereka keluar dari agama sebagaimana anak panah menembusi binatang buruan. Apabila kamu bertemu dengan mereka, maka bunuhlah mereka kerana sesungguhnya, membunuh mereka ada pahalanya di sisi Allah pada Hari Kiamat. (HR. Bukhari, Muslim, Nasai, Abu Daud)

pihak ipt perlu lebih serius dengan memeriksa setiap pertubuhan yang wujud di IPT bagi mengekang suasana yang tidak sihat berlaku di IPT..

IKON BELIA

juara bintang realiti dipilih menjadi ikon belia perak... membuatkan aku berfikir sejenak

apakah sumbangan yang telah diberikan??..

apakah pencapaian yang berjaya dicapai??

adakah tiada belia-belia negeri perak yang mempunyai pencapaian akademik yang baik atau ciri kepimpinan yang baik di angkat menjadi ikon???

artis dipuja... mejadikan warga kecil.. adik-adik sekolah tiada minat untuk menuntut ilmu kerana cita-cita utk menjadi artis.. kerana artis lebih glamour dan diangkat menjadi ikon..

hmm..

Democratic yang tidak demokrasi

geli hati tatkala membaca penyataan yang dikeluarkan oleh Democratic Action Party Perak yang mengenakan syarat setiap ahli parlimen dan ADUN dikehendaki menandatangi perjanjian yang menghalang mereka dari melompat parti atau didenda 5 juta sekiranya melanggar perjanjian tersebut.

adakah ini demokrasi yang diamalkan oleh DEMOCRATIC ACTION PARTY???

setahu aku, demokrasi itu membenarkan seseorang itu bebas memilih apa yang dirasakan tepat dan bersesuaian dengan diri...

mungkin DAP takut dengan bayang-bayang sendiri.. andai kata parti tersebut betul-betul memperjuangkan demokrasi dan membela nasib rakyat mereka tidak perlu utk mengeluarkan syarat yang boleh dikira tidak logik dan tidak mengamalkan prinsip demokrasi...

hal berkaitan dengan tindakan ADUN MALIM NAWAR yang bertindak menjadi bebas kerana berpendapat parti tersebut tidak membela nasib rakyat di kawasan tersebut..

DAN hari ini 800 ahli DAP bertindak mengikut jejak ADUN mereka dengan bertindak keluar parti..

pasti terkedu pihak DAP PERAK.. dan aku sehigga kini menunggu sebarang penyataan dari pihak DAP..

P/S tu la len kali jaga parti sendiri dari mengutuk BN yang dikatakan tidak membela rakyat.

Diam itu pintar...

sekian lama menyepi kerana dibebani beban tugas dan masalah-masalah peribadi menyebabkan mood menulis hampir pudar..

namun otak masih ligat memikir akan isu semasa... fikiran masih dijana bagi mencari jawapan bagi setiap persoalan..

kini mood menulis telah kembali dan aku kan terus menulis.. mengkritik dan memberi pandangan sejujur dan seikhlas mungkin.