Satu pembaziran mutlak...

RM171j urus banduan asing

PUTRAJAYA 23 Mac - Kerajaan terpaksa menanggung RM171 juta bagi perbelanjaan banduan warga asing sepanjang tahun lalu. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kos tersebut membabitkan 81,396 banduan warga asing meliputi 40 peratus jumlah tahanan di penjara.

“Jumlah ini tidak termasuk 408,979 tahanan warga asing di 13 depot seluruh negara bagi tempoh 2006 sehingga tahun lalu membabitkan RM341,881 bagi kos perbelanjaan makan sehari sepanjang tahun lepas sahaja.

“Program penghantaran pulang dan pengusiran warga asing yang diuruskan oleh Jabatan Imigresen pula melibatkan kos hampir RM35 juta,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis perjumpaan bersama ahli makmal pengurusan warga asing di sini hari ini.

Turut hadir timbalannya, Jelaing Mersat; Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan timbalannya, Tan Sri Ismail Omar.

Hishammuddin berkata, makmal pengurusan warga asing yang bermula hari ini dan akan berlangsung sebulan bakal membincangkan secara terperinci kaedah terbaik serta mendapatkan maklumat tepat dan terkini jumlah sebenar warga asing yang diperlukan dalam industri.

“Bagaimanapun saya harap 33 ahli makmal ini melibatkan semua kementerian dan agensi termasuk wakil sektor swasta, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dapat mengeluarkan satu mekanisme terbaik pengurusan warga asing yang lebih cepat daripada tempoh sebulan.

“Keputusan hasil perbincangan makmal ini akan dibawa kepada Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI),” katanya.




Satu jumlah yang cukup besar yang dikeluarkan untuk menguruskan lahanat-lahanat ni.. dah la datang cara haram.. wat kerja haram.. memang menyusahkan..

Tatkala ekonomi negara baru nak bertatih meningkat, kita terpaksa pulak keluarkan duit nak bagi lahanat-lahanat ni makan.. nak hantar balik... memang aku menyampah gile dengan PENDATANG ni.. memang aku panas hati.. macam-macam masalah... dengan bawak lari anak gadis orang, dengan setinggan haramnya

Kan bagus kalau jumlah sebanyak itu digunakan untuk bidang pendidikan ataupun pembangunan.. pasti mendatangkan pulangan kepada negara... bukan sedikit jumlah tu, nak pulak negara tengah tak de duit...

umpama melepaskan anjing tersepit... kita bagi diorang masuk bekerja kat negara kita tapi diorang wat tahi lak.. menyusahkan betul.. kalau aku jadi polis, memang aku pukul je lahanat-lahanat ni masa dalam tahanan

500 gadis Malaysia di Lombok..

terkedu aku mendengar berita utama tv3 td.. hampir 500 anak gadis tempatan berada di lombok kerana mengejar cinta tapi akhirnya hidup dalam derita... justeru itu, puteri telah meminta supaya dibekukan pengambilan pekerja dari lombok...

Bekukan pengambilan pekerja asing dari Lombok – Puteri

19/03/2010 7:16pm

KUALA LUMPUR 19 Mac - Pergerakan Puteri UMNO menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) membekukan pengambilan pekerja asing dari Lombok, Indonesia berikutan trend kahwin lari melibatkan gadis-gadis Malaysia dengan lelaki dari wilayah terbabit yang semakin membimbangkan kini.

Ketuanya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, pihaknya memperoleh maklumat yang mendakwa kira-kira 500 wanita Malaysia berada di Lombok sekarang ini, akibat terjerat oleh ikatan perkahwinan dengan lelaki dari wilayah berkenaan semasa mereka bekerja di negara ini.

"Pembongkaran satu demi satu kes kahwin lari melibatkan lelaki dari Lombok menuntut satu mekanisme yang perlu dilaksanakan segera oleh kementerian berkenaan bagi membendung gejala yang tidak menyenangkan itu.

"Puteri UMNO percaya ada lagi kes gadis Malaysia nekad meninggalkan keluarga masing-masing gara-gara berkahwin dengan lelaki dari Lombok dan terpaksa mengharungi penderitaan sepanjang berada di negara orang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Rosnah berkata, pihaknya tidak mahu trend yang semakin berleluasa itu mengakibatkan ramai gadis terpaksa berkorban masa depan mereka dan anak-anak yang bakal lahir. – Bernama

Silaturrahim


Aku sendirian di sini
Terbujur berdiri
Di tengah kota ( 2X )

Ramai manusia di sisi
Sombong dan tidak
Bertegur sapa ( 2X )

Bagaimana harus aku buktikan
Silaturrahim suruhan tuhan
Sampai bila ( 2X )
Begini...

Jika kita hidup di perbatasan
Peluru tidak kenal kasihan
Sampai bila ( 2X )
Begini...



tertarik aku kepada rangkap 3 lagu ni.. " bagaimana harus aku buktikan silaturrahim suruhan tuhan"

sampai bila kita akan berpecah?

sampai bila perbezaan dijadikan satu kekurangan?

Sampai bila harus bermasam muka?

Sampai bila kepentingan politik di utamakan berbanding kepentingan ummah?

sampai bila kita nak dijadikan bola di laga kan oleh orang lain???

"dan berpegang teguhlah kamu pada addin"

Jejaka Lombok....

Sejak akhir-akhir ini banyak sangat dah anak dara even janda pun termakan pujuk rayu mas lombok hingga di bawanya pulang ke tempat asal mereka.

mula-mula tu aku kesian, pastu bila baca balik, teliti betul-betul.. aku MENYAMPAH...

1st, aku rasa anak gadis tempatan kita GATAL... umur baru 15 hingga 18 tahun dah heboh nak menggatal, nak bercinta sampai ikut jantan tu ke lombok... kahwin kat sana.. pastu baru sedar yang hidup tak seindah mimpi bila di sana.. PERUT berisi... pastu kena kerja teruk2... makan ayam setahun sekali... bukan nak menghina jauh sekali mengeji tapi realiti menurut pembacaan aku.. hidup kat Malaysia cukup bertuah, makan pakai mak bapa jaga lagi. xperlu nak susah-susah kerja. just belajar je tapi apa yang diorang buat.. heboh nak lari kejar CINTA... ha baru taw CINTA xboleh bagi makan... cuba g kedai beli gula pakai cinta,boleh??? kalau leh g wat statement kat suratkhabar.. mesti pasni orang bercinta je.. xyah g keje.

2nd, romantik sangat ke MAS LOMBOK ni???? cuba buktikan satu benda romantik diorang???
romantik bukan dari segi ayat je tapi perbuatan pun dikira romantik... Aku rasa jejaka MALAYA romantik lagi tapi bukan semua la.. ade je hampeh.. tapi xperlu lah label LAKI MALAYSIA XROMANTIK BERBANDING JEJAKA LOMBOK. bapa aku romantik... kasih sayang dan cinta die pada mama sangat romantik n aku sebagai anak memang nampak keromantikan tu. romantik selepas kahwin baru diiktiraf berbanding masa bercinta. tu semua topeng je.... dan JANGAN jadikan alasan sahaja bahawa laki malaysia ni xromantik then terhegeh-hegeh g kejar mas lombok.. padahal diri kena reject dgn orang tempatan then guna lah ayat tu nak cover malu...

3rd, pukau or sihir.. kalau bab ni aku simpati la.. benda-benda sihir ni mmg susah kita nak atasi kalau xtaw cara.. yang kena pukau dengan mas lombok sampai lari ke sana.. alih2 kat sana baru ilang sihir tu.. tup-tup dah kena kawin...

latest aku baca di kosmo, jejaka lombok ni xpernah yang masuk negara kita ni cara halal. semuanya cara haram.. so, kerajaan kena lakukan inisiatif kekang benda ni... jangan sampai abis semua anak dara kat malaysia lari ke sana.. t makin ramai lak bujang tua..

lagi satu.. gadis tempatan tolong lah pikir betul-betul, jangan lah kejar sangat cinta.. buat apa cinta kalau mak bapak xrestu.. x kemana gak... kasihan lah kat mak bapak.. menangis-menangis merayu surh anak balik.. dah satu hal lak nak g mencari kat sana..
Kat malaysia ni cukup selesa, makan pakai cukup, api air ade. pikir la betul-betul masa depan kalian.. jangan mudah terpengaruh dengan janji yang indah khbar dari rupa..


ayat renungan " Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik". Jangan risau kalau xjumpa jodoh.. doa la banyak kat MAHA PENGASIH... moga dipertemukan dengan lelaki tempatan yang baik..

Artis bukan Idola....

Betullah apa yang dikatakan oleh salah seorang artis yang terkenal tika ini bahawa artis tidak boleh dijadikan idola. Kalau boleh pun bilangannya kurang dari 10 kot..

Satu-persatu kisah artis mencemarkan industri hiburan, menyesakkan surat khabar..
Antaranya...

Masa krismas ade artis yang beragama islam g parti krismas...
Yang kacau rumah tangga orang ade..
Yang gambar bogel tersebar..
Yang guna bahasa kasar dan kurang ajar kat wartawan.
Yang mabuk, yang kaki club..
skandal dengan VVIP la, skandal dengan orang tu la..
Pakaian lak xyah cakap la, kain memanjang je xcukup.
Yang kes latest DADAH n PECAH RUMAH...

masyarakat terlalu menyanjung artis-artis ni, banyak sangat dah program-program melahirkan artis... pastu dekat beribu lak yang kejar glamour nak jadi artis..

.. aku dah tahap menyampah, asal bukak tv artis yang wat salah ni ade je muka.. seolah-olah ape yang dia buat masyarakat xmarah.. sbb still die diperlukan dalam industri..walaupun yang dilakukan oleh sang artis ni terang-terang menyalahi hukum agama. Walaupun aku xbaik mane tapi aku taw lagi la bezakan antara air halal dan air kencing syaitan..,

Bukan menghina pekerjaan artis, tapi aku menyampah kerna hampir kebanyakan artis hanya berpura-pura di dpan lensa kamera.. di blakang Allah yang tahu perangai mereka..



Ibu bapa tolong lah bimbing anak-anak kalian, jangan biarkan anak-anak kecil kamu terleka dengan khayalan dunia glamour yang tiada apa-apa. Jangan dibiarkan mereka terlalu menyanjung artis yang rendah moralnya (bukan semua).. banyak lagi personaliti yang boleh dijadikan idola.. dan idola paling sempurna adalah MUHAMMAD PESURUH ALLAH.

*pesanan ini aku tujukan kepada diriku dan sesiapa yang membaca blog ini...

Ya Allah minta dijauhkan diriku dan keluargaku dari segala fitnah dunia ini...

Alangkah bagusnya..

kadang-kadang hati aku berdetik...

Alangkah bagusnya kalau melayu bersatu menegakkan islam.. membela hak-hak melayu...

Alangkah bagusnya kalau bukan melayu menghormati hak dan keistimewaan melayu sebagai bumiputera...

Alangkah bagusnya kalau pembangkang sebagai cermin kepada kerajaan bukannya orang yang mencari kesilapan, menabur fitnah...

Alangkah bagusnya kalau tiada demonstrasi jalanan yang menggugat kestabilan ekonomi dan politik negara.

Alangkah bagusnya kalau semua kontraktor berlaku jujur dalam setiap kontrak yang mereka dapat..

Alangkah bagusnya kalau pendidikan tidak di politikkan. tidak digunakan sebagai lubuk mencari kekayaan..

Alangkah bagusnya kalau manusia berperikemanusiaan, tidak berhati binatang....

Alangkah bagusnya kalau Umat ISLAM berganding bahu menentang kekerasan ZIONIS celaka....

Bisik Malam

Bisik Malam pada yang bernyawa
tenanglah, damailah,
bagi kalian yang kering peluh berkerja
hiruplah udara malam
Agar kalian kembali segar.

jangan kalian samakan rentak dengan lawanku
Malam tak akan bisa sama langkahnya dengan siang.
Jangan kau rancakkan ketenangan malam.
Jangau kau gegarkan hening malam.
Jangan kau bazirkan malam mu...

Damailah, dekatlah diri dengan Pencipta Malam.
bagi mereka yang kenal apa itu malam.

Anjing Kerajaan???


menurut dari The Unspinners

"Mereka sedang menggunakan strategi baru bernama ‘main kasar dan provoke’ terhadap PDRM untuk gambarkan polis sebagai anjing kerajaan. Istilah ‘anjing kerajaan’ juga yang digunapakai oleh Azmin Ali. Ia akan terus diguna hingga Mar 25hb."

kasihan lak aku pada anggota-anggota polis yang berusaha mengurangkan jenayah, yang bersungguh memerangi dadah, mengekalkan keamanan tapi digelar sebagai "anjing".. Layakkah??? Apa lah busuk sangat hati geng-geng pembangkang hingga digelar dengan gelaran haiwan kepada individu yang beruniform "POLIS". hinakah mereka???

Xkan la xde saudara mara ke, adik beradik mereka yang kerja polis hingga mereka tergamak panggil gelaran tersebut?

kalau aku anak polis, aku bengang la bila pekerjaan halal bapak aku di gelar "ANJING KERAJAAN"...

sIkap begini kah yang kita ingin kan??? Memberi gelaran hina sesuka hati mereka kepada sesiapa yang mereka benci??? tanpa memikirkan perasaan orang lain??

Siapa makan Cili, die terasa pedasnya..

Geli hati aku tatkala aku baca orang DAYUS tanpa nama yang mungkin terasa apabila aku menulis tentang MASA ..

Dia terbakar kot.. pastu tiba2 nak suruh aku zuhud dalam bab ibadah.. ok ni yang aku dapat tentang zuhud

Zuhud menurut bahasa berarti berpaling dari sesuatu karena hinanya sesuatu tersebut
dan karena (seseorang) tidak memerlukannya. Dalam bahasa Arab terdapat ungkapan
“syaiun zahidun” yang berarti “sesuatu yang rendah dan hina”.

ibadah kita kena sungguh-sungguh. hidup di dunia ni yang kena zuhud. x menunjuk harta ke baju ke kereta ke rumah ke. tu definisi nya..

Ibadah perlu ditunjukkan tapi HANYA kepada ALLAH.. contohnya.. solat tu perlu didirikan ditunjukkan kepada ALLAH kalau takat niat nak solat tapi xkerja kan xjadi...

pastu si dayus ni post lg "KALAU KO DAH PANDAI SANGAT DAN KONON NAK BAGI NASIHAT.. PI TEGUR BINI PM KO TU.. suruh pakai tudung..
muka kot cantik takpe.. ingat cantik lagi BUNTUT ko kot.."

ish... melalui penggunaan bahasa kita dah leh agak mcm mane peribadi orang ni...

mari AKu menanti komen kurang MATANG DAN XPROFESIONAL...

1000 pelawat.

Alhamdulillah, syukur kerana blog picisan saya ini telah berjaya mencapai matlamat awal saya iaitu mempunyai 1000 pelawat. Matlamat seterusnya ialah mencapai sasaran 5000 pengunjung.

Saya akui blog saya ini kurang menarik minat kerna penekanan saya lebih kepada politik dan isi-isi sampingan yang bercampur-campur umpama A.B.C.

Namun saya peduli apa. "Blog aku, aku punya suka la. hahahaha"

Kawan-kawan ade bagi tips, kalau nak ramai pengunjung cuba masukkan porno @ gosip @ gambar artis ke... tu semua nonsense.. matlamat tak menghalalkan cara.

Juara Rakyat

aku bangga umno dah mula peka dengan rakyat.. ada perubahan and hopefully perubahan ini berterusan ke arah kebaikan..

Bagi aku sebagai orang muda.. green leaves dalam politik ini, umno melalui kerajaan boleh memenangi hati rakyat kembali

1. Gaji kalau xleh naik, jangan turunkan or potong
2. Tol minyak jangan naik. Jangan tambah beban rakyat.
3. Barang makan tolong kawal harga
4. Pemimpin kena more action rather than talk (dont be like NATO= no action talk only)
5. Jenayah turunkan.
6. PATI kurangkan.
7. Kemudahan asas tolong perbaiki jalan, api, air, telefon.
8. PILIH CALON yang disukai. yang clean background..
9. Pemimpin kena rendah diri. Rajin turun padang. Rajin jumpa rakyat.
10. Kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi.

Time ni pembangkang tengah banyak masalah... tapi BN kena selesaikan masalah dalaman parti-parti komponen dulu baru leh hentam or bagi knock out kepada Pembangkang..

Rampas kembali negeri yang telah terlepas... Jangan yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Baru leh mentadbr dengan baik.. ekonomi dapat ditingkatkan..

Insyaallah kalau semua dilakukan dengan ikhlas dan elok, Allah akan permudah kan nya

Masa

Orang yang paling pintar adalah orang yang dapat menguruskan masa nya dengan baik... Kalau pandai mcm mane pun, andai masa 24 jam yang diberi tidak dapat diuruskan dengan baik, tiada maknanya otak yang pandai.. Contohnya.. masa untuk ambil exam jam 8.00 pagi tapi baru bangun jam 9.00 pagi.. mane sempat nk jawab exam.. so xde makna la otak yang pandai tu.. xleh nk buktikan.

Andai mengaku alim mcm mane pun, jika masa tidak diuruskan dengan baik, tidak berguna je.. Contohnya, solat tidak tepat waktu, maghrib dikerjakan tatkala azan isya' hampir berkumandang, subuh difardukan tatkala mentari telah tegak.. Alim kah???


ALLAH dah berfirman dalam al-quran
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Demi Masa! (1) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; (2) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. / (3)

Kesimpulannya, xyah berlagak pandai, xyah berlagak alim andai kata masa tidak dapat diurus dengan baik...
Peringatan ini aku tujukan kepada diri aku dan sesiapa yang membaca naskah ini
Allah xsuka kepada orang-orang yang sombong dan angkuh...

Angin Subuh..

Malam kian menyinsing
tatkala fajar subuh mula merangkak
Laungan azan memecah keheningan malam
Lapang jiwa
Tiada belenggu
Tiada Sesak
Tiada Kekusutan.
Ketenangan akal

Tiada bunyi hiruk pikuk
Hanya angin subuh yang mendesir
Untung siapa yang menyapa angin subuh
Pasti merasa kelembutan bayu
Pasti menikmati keindahan alam

Bijaksana sungguh pemilik alam ini,
Membuat alam terus berputar
Menggilirkan bulan dan suria.

Andai suria tiada gilirnya
Pasti mati alam dek kerna terik bahangnya

Andai bulan tiada penggantinya
tiada kenal erti cahaya

Agung sungguh yang mengaturkannya
Kerna DIA maha Bijaksana




nukilan skuter puteh
7 mac 2010

Pahlawan Planet Nameck dan Pahlawan Saiya

Apabila strategi untuk jual nama kesemua pemimpin dunia untuk meraih sokongan dan simpati ke atas nya. dan jika hakim menolak kesemua tuntutan yang dilakukan akan oleh anuA. anuA akan menggunakan strategi terakhirnya..

anuA akan menggunakan nama-nama besar di Planet Nameck dan Pahlawan Saiya.. seperti pikor , bezita, goku untuk memastikan kes nya dapat henti dari bicara. pergh mesti gempak punye. hahahaha

udah-udah la tu anuA... teruskan la bicara.. xde nye konspirasi.. banyak lagi keje nk wat dari dok pikir nk wat konspirasi kat kau je..

Biasa kawan-kawan dan keluarga adalah orang yang rapat dengan kita. Biasa mereka akan taw mcm mane perangai kita. So, kalau bestfren yang sama-sama g berReformasi dan berlokap dah xnk ikut kau.. mesti ad something wrong... pastu makin ramai lak kawan-kawan kau yang masa kau susah dulu satu persatu meninggalkan kau.. mesti diorang taw something pasal kau.. kalau x mesti ad demonstrasi lagi kan nak pertahan kan kau. mesti adanye yang sanggup baring kat jalan demi kau tapi takat ni xde pun.. sunyi je mahkamah yang ada pun xdpt nk menggegarkan tiang mahkamah tu apatah lagi nak bagi gempak kat satu malaysia. x gtu?