nasi lemak...



NASI LEMAK ialah sejenis hidangan yang paling popular di Malaysia. Kalau dulu kalanya, nasi lemak hanya dijadikan hidangan ketika sarapan. Namun kini tak kira masa sajian nasi lemak sudah mampu untuk dinikmati.

waktu aku sekolah dulu zaman 90an, nasi lemak hanya berharga 50 sen sebungkus. Tapi disebabkan inflasi n peningkatan harga barang nasi lemak di kuala lumpur mencecah RM 1.20. itu baru harga di tepi jalan or di pasar-pasar. klu nasi lemak ni di letak dalam pinggan besar, dalam restoran berhawa dingin, harganya boleh mencecah sehingga RM 2.00 untuk nasi lemak biasa.

Antara restoran nasi lemak yang famous kat KL ni x lain xbukan ialah restoran Nasi LemaK AntaraBangsa. nasi sedap dh tp yg xbestnya pelayan tetamu nya bukan lah warga tempatan. haha. lawak gak, bangla lak tukang hidang nasi lemak warisan bangsa melayu ni.

Dalam sepinggan nasi lemak biasanya ad nasi lemak, timun, sambal, telur, kacang n ikan bilis. kalau dulu aku beli nasi lemak ad letak sayur kangkung tapi skang xjmp dh. aroma nasi lemak ni akan bertambah naik bila ia dilapis atau dibaluti dengan daun pisang. pasti meleleh air liur jika bau je belum rasa lg. Lauk-lauk yang biasa ad untuk dijadikan penambah selera ialah telur goreng, sambal kerang, sambal paru. ayam goreng, ayam masak merah, rendang daging (pergh dah terliur ni.).

setakat ni nasi lemak paling sedap penah aku makan area kl ni kat sentul, pantai dalam,keramat, bangsar, dpn stadium hoki kl..

so klu ad sape2 leh bg info nasi lemak mane paling sedap, leh la share dgn aku.

tanda-tanda kematian menghampiri diri....

TANDA-TANDA KEMATIAN MENGHAMPIRI DIRI


" Tanda 100 hari menjelang meninggal "
Ini adalah tanda pertama dari ALLAH SWT kepada hambanya dan hanya akan di sadari oleh mereka yang dikehendakinya. ..... Walau bagaimanapun semua orang islam akan mendapat tanda ini hanya saja mereka menyadari atau tidak.....

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu asar, seluruh tubuh Iaitu dari ujung rambut hingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan menggigil, contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti, kita akan mendapati daging tersebut seakan -akan bergetar.... ..

Tanda ini rasanya nikmat dan bagi mereka yang sadar dan berdetik dihati bahwa mungkin ini adalah tanda mati, maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu saja tanpa
sembarang manfaat... Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini, maka ini adalah peluang
terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan
dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.


" Tanda 40 hari "
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu asar, bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya diatas arash ALLAH SWT, maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mulai membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mulai mengikuti kita sepanjang masa ...
Akan terjadi malaikat maut ini memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika...



Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk
mencabut nyawa
adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.. .......


" Tanda 7 hari "
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesaktian
dimana orang sakit yang tidak makan, secara tiba-tiba ia berselera untuk makan...


" Tanda 3 hari "
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri, jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti....

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi... Telinganya akan layu dimana bahagian ujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam... Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakan...


" Tanda 1 hari "
Akan berlaku sesudah ashar dimana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun dimana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu asar keesokan harinya....


" Tanda akhir "
Akan terjadi keadaan dimana kita akan merasakan sejuk dibahagian pusat dan rasa itu akan turun kepinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian Halkum... Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimat SYAHADAT dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada ALLAH SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula...


SESUNGGUHNYA MENGINGAT MATI ITU
ADALAH BIJAK

Kursus Perguruan Lepasan Ijazah 2010

Kementerian Pelajaran telah mengumumkan bahawa pengambilan Calon Guru Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR) Mode Sepenuh Masa bagi ambilan Januari 2010 tidak akan diiklankan. Pemilihan calon guru bagi Ambilan Januari 2010 adalah berdasarkan calon simpanan yang memohon bagi KPLI-SR Ambilan Khas Jun 2009 yang lalu.


Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini sila hubungi Bahagian Pendidikan Guru, Aras 2 – 6, Blok E13, Kompleks E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya atau telefon 03-8884 6000 atau faks 03-8884 1081 / 03-8884 3507.

Nampak kuat agama tapi masuk neraka ....... ; nukilan Dr. Mohd Asri Zainul Abidin - Bekas mufti Perlis

Nampak Kuat Agama Tapi Masuk Neraka
Disiarkan pada Oct 11, 2009 dalam kategori Akidah |

Oleh: Dr Mohd Asri Zainul Abidin



Untuk membuat penilaian yang seimbang atau kesimpulan yang adil bukanlah mudah. Dalam kehidupan ini ramai orang selalu membuat kesimpulan daripada penampilan atau faktor luaran yang mereka lihat semata. Penilaian yang seimbang atau kesimpulan yang adil berbeza dengan sangkaan baik. Umpamanya, apabila kita melihat mereka yang kuat bersolat, atau berpuasa maka sudah pasti kita wajar bersangka baik terhadapnya.



Namun dalam masa yang sama kita tidak akan membuat kesimpulan bahawa dia adalah pasti ahli syurga, atau pasti orang yang kuat berpegang dengan agama, atau seorang yang soleh. Ini kerana solat dan puasa memanglah amalan yang baik dalam Islam, tetapi Islam bukan sahaja berkaitan soal solat dan puasa, sebaliknya Islam merangkumi pelbagai sudut kehidupan.



Jika dia kuat solat dan puasa, tetapi dalam masa yang sama kuat memaki dan mencerca orang, atau menderhakai ibubapanya, atau tidak amanah, atau menzalimi orang lain dan seumpamanya, maka dia bukannya orang yang soleh dalam ertikata sebenar dalam Islam.

Tidakkah kita selalu membaca hadis:

“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim).

Pendusta Agama

Dalam hadis lain Nabi s.a.w menceritakan tentang akhir zaman ada para pembaca al-Quran kerana hendak dapat untung. Ini dapat kita lihat dalam negara kita mereka yang memakai ‘pakaian agama’ dan mengutip wang daripada orangramai kononnya kerana hendak membuat penghantaran pahala kepada si mati.

Mereka membuat untung yang besar saban tahun atas nama al-Quran dan orang menganggap mereka melakukan kebaikan sedangkan Nabi s.a.w menyindir perbuatan ini dengan sabdanya:

“Bacalah al-Quran dan mintalah daripada Allah (pahala), kerana selepas kamu akan ada kaum yang membaca al-Quran dan meminta (upah) daripada manusia” (Riwayat Ahmad dan al-Tirmizi, dinilai hasan oleh al-Albani).

Dalam sejarah ramai mereka yang menampil watak ‘agama’ tetapi sebenarnya penjenayah agama. Antara yang terkenal ialah Abu ‘Ismah Nuh bin Abi Maryam yang mencipta hadis-hadis dusta kononnya kerana ingin mendapat pahala dengan diadakan hadis-hadis fadilat itu dan ini khususnya tentang surah-surah al-Quran.


- Gambar Hiasan

Dia digelar Nuh al-Jami’ bermaksud Nuh yang menghimpunkan. Ini kerana dia menghimpunkan ilmu daripada berbagai tokoh-tokoh besar. Namun al-Hafiz Ibn Hibban menyatakan: “dia menghimpunkan segalanya, kecuali cakap benar”. (lihat: al-Sayuti, Tadrib al-Rawi, 185, Beirut: Dar al-Fikr).

Pada zahirnya, dia tokoh agamawan namun pada hakikatnya dia sebenarnya pendusta agama. Bukan sedikit orang yang sepertinya dalam sejarah pengumpulan hadis. Kata seorang tokoh pengkaji hadis, Dr. Hammam Sa`id:

“Telah zahir golongan ahli ibadat, zuhud dan nussak (penumpu penuh ibadah). Kejahilan dan kebodohan mereka telah membawa mereka mencipta hadis-hadis palsu dalam fadhilat-fadhilat amal, fadhilat surah-surah al-Quran dan solat-solat sunat, untuk menggalakkan orang ramai beramal. Seperti juga mereka mencipta hadis-hadis palsu dalam menakut orang ramai terhadap maksiat. Mereka menyangka mereka telah membela Islam. Golongan yang jahil ini tidak tahu bahawa pendustaan ke atas RasululLah s.a.w boleh menurunkan mereka ke dalam tingkatan-tingkatan yang paling bawah dalam neraka jahannam” (Hammam `Abd al-Rahim Sa`id, Al-Tamhid fi `Ulum al-Hadith, m.s. 140, Jordan: Dar al-Furqan).

Ini kerana tindakan mereka telah menipu atas nama Nabi s.a.w dan merubah wajah asal agama. Jika dilihat atau dinilai pada zahir ibadah dan pakaian mereka, tentu kita menyangka mereka golongan yang soleh, tetapi di sisi agama mereka adalah para pendusta yang termasuk dalam sabda Nabi s.a.w:

“Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Khawarij

Dalam sejarah pertelingkahan umat Islam kelompok yang paling kuat dan awal menggunakan isu agama untuk mengkafirkan orang Islam yang lain ialah Puak Khawarij.

Kelompok ini Nabi s.a.w sifatkan seperti berikut:

“..Seseorang kamu akan merasa lekeh solatnya dibandingkan solat mereka, merasa lekeh puasanya dibandingkan puasa mereka. Mereka membaca al-Quran, namun al-Quran itu tidak melebih halkum mereka. Mereka tersasar keluar dari agama seperti anak panah tersasar dari sasarannya..” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Inilah Khawarij yang kelihatan hebat dalam ibadah dan pidato agama mereka dengan menggunakan nas-nas al-Quran. Mereka mengkafirkan orang Islam yang melakukan maksiat, juga mengkafirkan orang Islam yang tidak mengikut kumpulan mereka.

Puak Khawarij ini mengangkat slogan: “Tidak ada hukum melainkan hukum Allah”. Slogan yang kelihatannya berteraskan al-Quran, tetapi dengan tujuan yang buruk. Kata Saidina Saidina ‘Ali bin Abi Talib kepada mereka: “Satu slogan yang benar, tetapi dengan tujuan yang batil”. (Al-Khatib al-Baghdadi, Tarikh Baghdad, 304/10, Beirut: Dar al-Kutub al-’Ilmiyyah).

Dengan slogan al-Quran “Sesiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah maka mereka itu orang-orang yang kafir” (Surah al-Maidah, ayat 44), maka mereka melancarkan kempen mengkafirkan dan memerangi orang Islam. Atas andaian yang tipis maka dengan mudah seseorang dijatuhkan hukuman murtad dan kafir.


- Gambar Hiasan

Hasilnya, pertumpahan yang dahsyat berlaku pada zaman pemerintahan Saidiyyida ‘Ali bin ‘Abi Talib. Selepas zaman ‘Ali pun, pemikiran Khawarij meresap ke dalam berbagai kumpulan dan organisasi. Hasilnya, kita mendengar isu kafir mengkafir muncul di pelbagai zaman dan tempat di seluruh pelusuk dunia Islam.

Pada zahirnya puak ini berwajah agama, namun pada hakikatnya Nabi s.a.w menyebut tentang mereka:

“Mereka itu berucap dengan ucapan sebaik-baik makhluk. Mereka tersasar keluar dari Islam seperti anak panah tersasar dari sasarannya. Iman mereka tidak melebihi halkum mereka. Di mana sahaja kamu temui mereka maka bunuhlah mereka kerana sesungguhnya membunuh mereka itu ada pahala pada Hari Kiamat” (Riwayat al-Bukhari).

Demikian getirnya kelompok ini. Sekalipun dengan ungkapan dan nas agama di mulut mereka, namun Nabi s.a.w memerintahkan agar pemerintah Islam membunuh mereka kerana mereka mengkafirkan bahkan sesetengah kelompok mereka seperti al-Azraqiyah membunuh orang Islam, anak kecil dan wanita yang tidak mengikut kumpulan atau jamaah mereka.

Dengan ini menyedarkan kita semua, di samping kita bersangka baik kepada golongan yang menzahirkan ciri-ciri agama, kita sayangkan mereka dan menghormati mereka, namun kita juga mestilah berhati-hati dengan tindakan setiap individu dan kumpulan.

Janganlah penampilan zahir menyebabkan kita membuta mata atau memandulkan akal dari membuat penilaian yang matang dan seimbang. Apa yang baik kita kata baik, apa yang salah tetap dinilai salah tanpa mengira dari mana dan siapa kesalahan itu datang. Namun jika golongan tertentu menzahirkan ciri-ciri agama dan memegang prinsip agama dalam seluruh perjalanan mereka, maka merekalah golongan yang kita cinta dan kita bela dengan sepenuhnya.

khasiat buaH tin



At-Tin
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Demi buah tiin dan zaitun, (1) Dan gunung Tursina, (2) Serta negeri (Mekah) yang aman ini; (3) Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya). (4) Kemudian (jika dia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah, (5) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka beroleh pahala yang tidak putus-putus. (6) (Jika demikian kekuasaanKu), maka apa pula yang menjadikan engkau seorang pendusta, (berkata tidak benar) mengenai hari pembalasan, sesudah (ternyata dalil-dalil yang membuktikan kekuasaanKu mengadakan hari pembalasan) itu? (7) Bukankah Allah (yang demikian kekuasaanNya) seadil-adil Hakim? / (8)

Buah Tin, yang namanya tercantum dalam Al-Qur`an disamping buah zaitun, disebut-sebut oleh hasil kajian perubatan terbaru sebagai buah yang bermanfaat untuk mencegah kanser.

Menurut hasil kajian perubatan yang disiarkan oleh harian Al-Raya, Qatar, Sabtu (5/1),buah tin kaya dengan kalsium dan potasium juga mengandung zat benzaldehyde yang bermanfaat melawan sel-sel kanser.

Di dalam buah tin yang rasanya manis itu juga mengandungi zat yang sangat penting bagi tubuh manusia kerana dapat mengurangi kolesterol jahat, menguatkan jantung dan menormalkan pernafasan bagi penderita sesak nafas.

Buah yang juga dikenal dengan nama Ara atau Figs itu banyak dijumpai di negara-negara Arab. Buah ini mudah dicerna oleh alat pencernaan, bermanfaat untuk mengubati kesulitan buang air besar,juga bermanfaat untuk hati dan limpa.

Buah yang rasanya manis seperti kurma ini juga lebih mirip sebagai makanan biasa kerana mengenyangkan seperti buah kurma. Sehingga warga Arab tidak menganggap buah tin ini sebagai buah-buahan namun mereka menganggapnya sebagai makanan ruji.

Kajian tentang kandungan benzaldehyde dalam buah Tin sebenarnya telah diungkap dalam jurnal yang dimuat website Cancer Cure Foundation. Website ini menyatakan bahawa kajian yang dilakukan para ahli dari Institute of Physical and Chemical Research di Tokyo menunjukkan benzaldehyde terbukti efektif dalam menghapuskan tumor.

Selain itu, Jabatan Pertanian Amerika Serikat menyatakan bahawa buah Tin mengandungi bermacam nutrisi dari vitamin A, C, kalsium, magnesium hingga potasium. Buah ini juga baik untuk mengendalikan nafsu makan dan membantu usaha penurunan berat badan. Jus buah Tin pun merupakan minuman yang baik untuk membunuh bakteria jahat dalam badan menurut sebuah kajian yang telah dilakukan.

Nik Aziz berundurlah sebelum dikutuk - Dr. Mahathir

KUALA LUMPUR 26 Okt. - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat diminta memahami bahawa kepimpinannya telah mula ditolak sama ada dari dalam mahupun luar parti yang memerlukan beliau berundur segera.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, bagi semua pemimpin politik, akan tiba masanya untuk berundur demi memastikan legasi pemerintahan mereka dikenang secara baik.

"Jika Nik Abdul Aziz memilih untuk tidak mendengar atau masih mahu berpegang kepada kuasa, ada kemungkinan beliau akan mula dikutuk masyarakat," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas pelancaran Konvensyen Pengurusan Aset dan Kemudahan Negara (Nafam) 2009 oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini hari ini.

Dr. Mahathir berkata, beliau memberikan nasihat itu berdasarkan pengalamannya semasa aktif dalam politik dahulu.

Justeru, menurutnya, beliau sendiri telah berundur ketika gesaan ke arah itu mula timbul.

"Sebelum orang mula berkata 'hey, orang tua ini bila dia nak pergi', sebelum orang kata macam itu, maka berundurlah kerana masa itu orang akan ingat kita.

"Kalau tunggu sampai orang 'tendang' kita, masa itu orang akan kata benda-benda yang teruk-teruk, nasib baiklah saya cukup pada masanya (berundur)," katanya.

Nik Abdul Aziz menyertai Pas pada 1960 sebagai ahli biasa dan menjadi Ahli Parlimen Hilir Kelantan pada 1967.

Jawatan Mursyidul Am dan Menteri Besar Kelantan pula dipegang beliau bermula pada tahun 1995 sehingga kini.

Nik Abdul Aziz beberapa hari lalu menulis dalam blognya meminta diadakan Muktamar Agung Khas (EGM) bagi membersihkan parti daripada 'dua tiga kerat' pemimpin bermasalah.

Pemimpin berkenaan disifatkan beliau sebagai bersikap prokerajaan perpaduan.

Campur tangan para pemimpin Pas yang lain kemudiannya membawa kepada persetujuan agar cadangan itu diganti dengan Mesyuarat Khas Pas Pusat.

Mengulas mengenai kerjasama antara UMNO dan Pas yang dikatakan menjadi punca Nik Abdul Aziz menulis mengenai pembersihan dalam partinya, Dr. Mahathir berkata, usaha untuk bersatu boleh dilakukan.

Namun pada Dr. Mahathir perkara itu agak sukar untuk dilakukan kerana untuk bersatu kedua-dua parti itu perlu bersatu dan ada prinsip yang sama.




sumber daripada:

http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1027&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_04.htm

27 oktober 2009 halaman politik

Perjuangan Belum selesai



Perjuangan Yang Belum Selesai

Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayatkan
dari melihat bangsaku dijajah
tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina

Air mata tiada ertinya
sejarah silam tiada maknanya
sekiranya bangsa tercinta terpinggir
dipersenda dan dilupakan

Bukan kecil langkah wira bangsa
para pejuang kemerdekaan
bagi menegakkan kemuliaan
dan darjat bangsa
selangkah beerti mara
mengharung sejuta dugaan

Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita

Tugas kita bukan kecil
kerana mengisi kemrdekaan
rupanya lebih sukar dari bermandi
keringat dan darah menuntutnya

Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
kalau bangsaku asyik mengia dan menidakkan,
mengangguk dan membenarkan,
kerana sekalipun bangganya negara
kerana makmur dan mewahnya,
bangsaku masih melata
dan meminta-minta di negaranya sendiri

Bukan kecil tugas kita
meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
kerana rupanya selain memerdekakan,
mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara

Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
bukankah sejak zaman berzaman
mereka menjadi pelaut, pengembara
malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap,
menjadi pedagang dan peniaga

Selain menjadi ulama dan
ilmuan terbilang?
Bukankah bangsaku pernah mengharung
samudera menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi
wira serantau yang tidak mengenal
erti takut dan kematian?
Di manakah silapnya hingga bangsaku
berasa begitu kecil dan rendah diri?
Apakah angkara penjajah?
Lalu bangsaku mulai
melupakan kegemilangan silam
dan sejarah gemilang membina empayar

Tugas kita belum selesai rupanya
bagi memartabat dan
memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati

Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya

Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
kerana masa depan belum tentu
menjanjikan syurga
bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa

Perjuangan kita belum selesai
kerana hanya yang cekal dan tabah
dapat membina mercu tanda
bangsanya yang berjaya

Dr. Mahathir Mohamad
Mei 1996

Kaabah




gambar kaabah pada suatu ketika dahulu

YA ALLAH, permudahkanlah untuk aku menjadi tetamu MU

Mata Ayah - Usman Awang

Kujabat mesra tangan ayah
Urat-urat daging-daging tua keras terasa
Mataku tersenyum, matanya menyapa
Anak yang pulang disambut mesra.

Tapi matanya, mata yang menatapku
Kolam-kolam derita dan pudar bulan pagi
Garis-garis putih lesu melingkungi hitam-suram
Suatu kelesauan yang tak pernah dipancarkan dulu.

Kelibat senyum matanya masih jua ramah
Akan menutup padaku kelesuan hidup sendiri
Bagai dalam suratnya dengan kata-kata siang
Memintaku pulang menikmati beras baru.

Anak yang pulang di sisi ayahnya maka akulah
merasakan kepedihan yang tercermin di mata
Meski kain pelekatnya bersih dalam kesegaran wuduk
Dan ia tidak pernah merasa, sebab derita itu adalah dia.

~Usman Awang

Dr. Mahathir menang rayuan saman fitnah Anwar

Dr. M menang rayuan saman fitnah Anwar

Oleh AMIRUDDIN HARUN
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 20 Okt. - Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini gagal meneruskan rayuannya berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang membatalkan saman fitnah RM100 juta terhadap Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Ini berikutan keputusan sebulat suara panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai oleh Datuk Abdul Malik Ishak yang membenarkan permohonan bekas Perdana Menteri itu untuk mengetepikan rayuan Anwar.

Hakim Abdul Malik yang bersidang bersama Hakim Datuk Azhar Ma'ah dan Hakim Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad turut memerintahkan Anwar membayar kos kepada Dr. Mahathir.

Anwar merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 4 Julai 2007 yang membatalkan samannya terhadap Dr. Mahathir yang menuduhnya seorang homoseksual pada persidangan anjuran Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) pada 9 September 2005.

Dengan keputusan ini, bermakna mahkamah tersebut tidak akan mendengar rayuan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu yang dijadualkan pada 2 November ini.

Hakim Abdul Malik turut menolak dengan kos permohonan Anwar untuk lanjutan tempoh masa bagi membolehkannya memfailkan memorandum rayuan dalam bahasa Melayu.

Dalam permohonan membatalkan rayuan Anwar yang difailkan pada 2 Oktober lalu, Dr. Mahathir mendakwa, terdapat beberapa kecacatan dalam memorandum rayuan menyebabkan rekod rayuan tidak sempurna dan tidak boleh diperbaiki.

Peguam Datuk V.K. Lingam yang mewakili Dr. Mahathir berhujah, antara kecacatan tersebut ialah Anwar tidak mematuhi peruntukan Artikel 152 Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 8 Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 apabila memorandum rayuannya dibuat dalam bahasa Inggeris dan bukannya dalam bahasa Melayu.

Memorandum tersebut juga, katanya, tidak ditandatangani oleh peguam cara perayu, tidak mempunyai tarikh spesifik, tidak mengandungi kronologi peristiwa kes serta gagal melampirkan indeks rekod rayuan dengan teratur.


Jadi kesimpulannya, die nak saman orang sbb tuduh die homoseksual, tp mahkamah tolak n tak layan.. ini menunjukkan tuduhan yang dr. Mahathir buat dulu adalah benar.

Bukan setakat Anwar gagal memperolehi tuntutan 100 juta, malah Anwar diperintahkan membayar kos kepada Dr Mahathir kerana membuang masanya dengan mengheret kepada isu remeh yang bertujuan untuk kepentingan politik peribadi.

Maka, jika Dr Mahathir menang di mahkamah, bermakna, mahkamah telah mengesahkan kebenaran kata-kata Dr Mahathir pada 9 September 2005, di Bangunan SUHAKAM bahawa 'seorang homoseks(seperti Anwar Ibrahim) tidak layak menjadi Perdana Menteri Malaysia'!

Black Sheep

Black sheep -Someone who is the black sheep doesn't fit into a group or family because their behaviour or character is not good enough..


aku kah black sheep?

aku kah yang berbeza dgn mereka walaupun aku berkongsi rahim dan dari benih yang sama, keturunan yang sama. Namun mengapa aku berbeda dgn mereka...

Dunia mereka berbeza... walaupun duduk satu rumah, makan nasi yang sama, lauk yang sama, minum air yang sama. Namun mengapa aku berbeda dgn mereka...

Bukan mahu mengumpat mengeji. tetapi perbezaan ini ketara dan kadang kala membuat aku tertanya, aku yang berbeza dengan mereka atau mereka yang berbeza dengan aku.

Riak cemburu kadangkala terbit dalam jiwa tatkala mata menatap saudara sedarah orang lain, bergelak tawa, berkongsi segala cerita, mempunyai pendapat dan pandangan yang sama. Namun mengapa aku berbeda dgn mereka...

Jiwa mereka jiwa bandar seiring dengan cara pakaian mereka, namun jiwa aku berbeda. aku kurang gemar jiwa bandar. jiwa aku lebih kepada kampung (walaupun aku tidak pernah menetap di kampung) seiring dengan cara pakaian aku. Hingga terbit pertanyaan pada diri aku, aku yang berbeza atau mereka yang berbeza.

Topik perbualan mereka lebih kepada fesyen (baju, kasut, rambut) majlis muda mudi, jarang sekali bicara mereka tentang politik atau isu semasa. Namun ia berbeza dengan aku, bukan tidak pernah bibir ini menutur kata tentang fesyen, tapi itu bukan selera utama aku. Bibir dan lidah ku lebih gemarkan fakta, isu semasa, politik dan sukan. Mereka pandang enteng pada isu bangsa. lebih gemar menghabiskan usia muda mereka melayani jiwa bandar mereka. Bukan mahu menunjukkan riak yang aku KONONNYA memperkatakan isu bangsa atau politik semata-mata dan mereka ada lah JAHAT. cuma terbit pertanyaan yang aku sendiri kurang mengerti

MENGAPA AKU BERBEDA DENGAN MEREKA...

moga Allah memberi petunjuk hidayah kepada diri ku dan MEREKA.

pemimpin p. Rakyat







pemimpin yang bersengkongkol dengan parti yang kononnya memperjuangkan islam

Papa

Tahniah wat afdlin shauki kerana berjaya menghasilkan karya bermutu iaitu 'PAPADOM'. karya yang telah banyak menggondol anugerah di festival filem malaysia yang lepas walaupun belum ditayangkan pada umum ketika itu

Pada mulanya, gambaran awal aku tentang filem ni, mungkin sama dengan komedi-komedi ringan yang lain. Tapi sangkaan aku meleset kerana PAPADOM banyak menerapkan unsur kekeluargaan terutamanya kasih sayang seorang ayah..

Kata Pepatah kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. memang tepat la..

ble tgk filem ni aku teringt kat abah aku.. abah xla mcm watak Saadom dalam filem ini. tapi yang hampir pasti pengorbanan abah, kegigihan abah hampir sama dengan watak Saadom ni..

abah orang paling tenang penah aku jmp sepanjg aku hidup, bicaranya jarang namun sesekali bicara pasti membuat yang lain diam mendengar..

n Kenangan yang paling aku xlupa bila abah wat kejutan.sepanjang aku sekolah n dapat hadiah kecemerlangan abah xpenah dtg walau acap kali aku bg jemputan sekolah. n masa form 5, aku bg jemputan sekolah yang terakhir sebelum aku meninggalkan bangku persekolahan. aku letak je kat meja abah. n aku xjangka la abah nk dtg seperti kebiasaannya.. pas aku naik pentas n terima hadiah.. tb2 je mata terpandang kelibat abah.. terharu aku abah datang n aku terima ucapan tahniah dari abah buat julung kalinya.

so, kenang lah jasa ibu bapa, minta lah ampun kerana syurga kita terletak di bawah kemaafan n keredhaan mereka. Redha Allah terletak pada redha kedua ibu bapa.

-Terima kasih di atas karya yang membuatkan aku menilai kembali betapa besarnya pengorbanan kedua ibu bapa aku

Al kafiroon

Al-Kafiroon
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai orang-orang kafir! (1) Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. (2) Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. (3) Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. (4) Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. (5) Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku.


Ayat ini wat aku terfikir, sudah terang lagi bersuluh menyatakan bahawa kaum kafir tidak akan menyembah apa yang kita sembah..

tapi mengapa masih ada pihak yang berdiam diri apabila ada politikus membacakan ayat-ayat suci Al-quran bagi tujuan politik. Mereka mempergunakan ayat-ayat suci bagi menarik perhatian dan undian kepada mereka. Tidak perlulah dinyatakan siapa politikus itu kerana rata-rata makhluk yang berakal di bumi bertuah ini tahu siapa dia dan mengapa masih ada pihak yang bersengkongkol dengan mereka walhal mereka dah menyatakan bahawa mereka menentang sekeras-kerasnya penubuhan negara islam.

wallahuallam...


pendatang 2....

sebenarnya aku bersyukur sbb Malaysia ni bumi yang murah rezki. Allah bg byk kelebihan kat Malaysia ni...
cume ape yang aku xsuke ialah kedatangan mereka akan menutup pintu serta peluang pekerjaan rakyat tempatan. bukan nk halang, cume klu blh kurangkan...

majikan akan mudah utk pilih buruh asing sbb upah rendah, blh kerja lebih masa, xyah carum, xminta cuti. so ble rakyat tempatan xdpt keje, kadar pengangguran akan meningkat dan guna tenaga penuh negara juga akan meningkat. Kebergantungan ni amat ketara, bila levi yg kerajaan nk kena kan kat buruh asing yg keje kat restoran mamak ni terhalang sebb pengusaha restoran mamak ni bertekad nk naik kan harga makanan klu levi dikenakan kat pekerja diorg. bile diorg naikkan harga makanan, MAKA AKAN MELATAH LAH SESETENGAH P. RAKYAT marahkan kerajaan sebb makanan naik harga..

perkembangan ini xelok utk negara, aliran wang keluar negara juga meningkat tiap2 tahun n hampir berbilion2 di hantar pulang ke negara asal diorg. ble byk duit kta kuar, ekonomi negara akan mengalami penyusutan. bile ekonomi alami penyusutan, MAKA AKAN MELATAH LAH SESETENGAH p. RAKYAT, kate kerajaan xreti tingkatkn ekonomi.

No pain No gain

Maha suci Allah...

aku tertarik pada ungkapan "No pain No Gain". pada mulanya tanggpan aku ungkapan ni just utk org yg suka wat benda-benda ekstrem, or lasak.
sambil taip assignment n minum kopi panas wat aku terfikir.... nape la susah sangat nk paham n blaja... aku b'doa tiap2 hari supaya Allah beri aku kefahaman tp nape la susah nk phm subjek ekonomi ni.. tb2 ungkapan "No pain No Gain" timbul di benak fikiran aku

Benda yang kita mudah dapat, mudah je kita lupe or take it for granted. tp klu benda tu susah, perah keringat bersengkang mata buat pasti akan melekat dalam akal fikiran. Paling ckit pn mesti 10 % masuk dalam fikiran bagi sape yg berfikir..

kerdil rupanya manusia. hina rupanya manusia, fakir sebenarnya manusia.. lantas wat aku bersyukur.. ad hikmah wat tugasan susah-susah. kerana Allah dh janji "siapa usaha maka dia akan dapat".

Pendatang..

hujung minggu aku jalan-jalan di sekitar tengah ibu kota...
yang pasti bila aku toleh kiri n kanan, rata-ratanya bukan warganegara Malaysia..
g kedai mamak, bangla amik order. g food court indon amik order, g isi minyak, bangla jaga kaunter. g mall nepal jadi security.
aku naik menyampah dengan kebanjiran pendatang ini. tak kira yang datang cara halal atau pun tidak..

bukan aku sekat kebebasan diorang n aku tak nafi kan yang mereka ad SEDIKIT jasa dalam memastikan pembangunan ekonomi negara berjalan lancar..


TAPI kalau diorang berkumpul n wat kacau, bagi renungan tajam kat setiap yang lalu, sape yang suka. wat org rasa xselesa.. Mane penguatkuasa????? TOLONG LA wat pemantauan kat jalan tun tan siew sin, pasar seni, chow kit...

aku kat kuala lumpur, ibu negara Malaysia tapi rasa dah mcm kat NEPAL??? BANGLA??? INDON?? atau MYANMAR ??

tanah air aku tapi aku rasa mcm terasing..

wasiat raja-raja Melayu

Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melalyu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia);

Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah Simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain;

Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan Rejimen Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara;

Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan Raja-Raja Melayu memerintah negara ini;

Kami isytiharkan Islam adalah Agama Persekutuan;

Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu;

Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan Kepentingan sah kaum-kaum lain. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

(kami) di atas merujuk kepada semua raja-raja Melayu yang ingin memastikan kedudukan kaum asal iaitu terbela selama-lamanya. Namun masih ada pihak yang ingin menafikan wasiat tersebut.

si capek..

si capek..
masih mahu menari tapi langkahnya sumbang,
tariannya pelik... tapi mahu menari mengikut rentak si gagah
bila di hina ia melenting,
tapi masih mahu menari mengikut sombongnya,

si capek,
sedarlah lantai dansa bukan mainanmu,
bukan tempat kau menagih simpati,
bukan tempat ko menghina mengeji

si capek...
sudah lah bodoh, hina tapi masih tak sedar diri.

si capek..
si capek..
si capek dari perak....

nukilan skuter puteh 8/10/09

haha sape kah si capek di medan politik malaysia..

Chants

No Tie at All!

Shout this all along the way

Who can judge the other by the way we dressed?

Ask for yourself

salam pengenalan

salam pengenalan... moga cinta tidak berkekalan....

Anak Kecil Main Api
Terbakar Hatinya Yang Sepi
Air Mata Darah Mengalir Keringat
Bumi milik diancam orang (kini dinyanyikan Bumi Dipijak milik orang)




Nenek Moyang Kaya Raya
Tergadai Seluruh Harta Benda
Akibat Sengketa Sesamalah Kita
Cinta Lenyap Di Arus Zaman...




Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Pribumi merintih sendiri




Masa Depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi sudah hilang (kini dinyanyikan Dah Hilang...)




Kita rumpun bangsa Melayu
Menganut Agama Yang Suci
Semangat Bangsa Berlandaskan Islam
Teras capai kemerdekaan




Dari masa hingga masa
Petualang menghancurkan Bangsa
Alatkan Agama Demi Peribadi
Pupus kita di bumi Ilahi

(Dua rangkap di atas tidak dinyanyikan lagi kini)



Kini kita cuma tinggal kuasa

Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti

Pulih kembali harga diri
Kita sudah tiada masa
Majulah dengan gagah perkasa (kini dinyayikan Maha Perkasa)
Janganlah Terlalai Teruskan Usaha

Melayu kan gagah di Nusantara