Subjek pendidikan seks tidak akan diajar di sekolah

Subjek pendidikan seks tidak akan diajar di sekolah

27/04/2010 2:30pm

KUALA LUMPUR 27 April – Mata pelajaran pendidikan seks tidak akan diajar di sekolah, kata Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi.

Beliau berkata, ini kerana subjek tersebut yang lebih dikenali sebagai pendidikan kesihatan reproduktif telah dimasukkan dalam mata pelajaran pendidikan kesihatan dan subjek-subjek lain seperti biologi, sains, sains tambahan, pendidikan moral dan pendidikan Islam.

Justeru, katanya, kementerian dalam memantapkan pengajaran guru dalam subjek pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial telah membuat persedian untuk melatih guru-guru di sekolah menengah dan rendah menjadi Jurulatih Utama (JU) di peringkat kebangsaan dan mereka ini akan melatih guru-guru di peringkat negeri.

"Kursus JU berhasrat untuk memberi pendedahan tentang pelaksanaan pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial dan mencari pendekatan pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang sesuai untuk diterjemahkan ke dalam P&P di dalam kelas seperti yang dihasratkan dalam kurikulum,” katanya ketika menjawab soalan Senator Doris Sophia Brodi di Dewan Negara hari ini.

Doris Sophia ingin tahu sama ada kerajaan bercadang untuk memperkenalkan subjek pendidikan seks di dalam kurikulum sekolah dan kajian yang telah dijalankan berkenaan subjek tersebut dan bila ia akan dilaksanakan. – Bernama



heboh dengan gejala sosial yang kian menular ni, menyebabkan beberapa pihak memberi cadangan supaya subjek pendidikan seks diajar di sekolah.

Di Malaysia, seks masih lagi di anggap "taboo" dan agak sukar dibincangkan secara umum.

Bagi membendung masalah sosial, bukan pendidikan seks yang perlu diperkenalkan. Namun kandungan pendidikan islam dan moral serta pendidikan kesihatan perlu dimantapkan. Kaedah pengajaran yang lebih bermakna perlu bagi memastikan murid mendapat segala maklumat yang perlu mengenai asas-asas pendidikan seks.


Isu selepas pilihanraya...

lawak dan geram gak tatkala aku membaca beberapa artikel dari suratkhabar dan blog yang menyiarkan ulasan daripada pihak pembangkang di atas kekalahan mereka

"pilihanraya tak bersih", "pengundi hantu", "kerajaan kawal spr"

dakyah-dakyah pembangkang ni buat aku gelak... time menang xnak lak puji spr, time kalah kutuk segala bagai..

kalau betul la pilihanraya tak bersih dan ada pengundi hantu, takdenye BN hilang 5 negeri.. mesti BN simpan dan kawal segala keputusan pilihanraya supaya menyebelahi BN dan BN boleh memerintah..

TAPI PRU KE12 telah melenyapkan segala dakyah palsu tersebut..

dah la.. cuba kaji balik kenapa kalah.. masalah peribadi calon ke, masalah peraih-peraih undi, isu atau sentimen yang dimainkan tak menjadi ke... tu lagi baik dari menabur fitnah..

Tahniah YB Kamalanathan

KEPUTUSAN RASMI DIBERITAKAN CALON BN MEMENANGI PRK P94 HULU SELANGOR. BN - 24997 PKR - 23273 UNDI ROSAK - 721 BN MENANG DENGAN MAJORITI 1725.

Tahniah kepada usaha keras barisan nasional dan yb kamalanthan yang berusaha keras memenangi hati pengundi-pengundi di hulu selangor..

Senario pemilihan telah berubah di hulu selangor..

dari protes kepada kerajaan kini kembali menyokong kerajaan.. ini membuktikan yang aspirasi yang dilaungkan oleh Perdana Menteri telah diterima oleh semua pihak bagi mengekalkan keharmonian negara..

Satu saja pesanan kepada YB.. jagalah kebajikan pengundi tanpa mengira bangsa ataupun kaum jika mahu mengekalkan kerusi anda pada pilihanraya umum akan datang.

andai YB membantu rakyat pasti masa depan YB cerah untuk pilihanraya akan datang..

tahniah YB dan selamat bertugas sebagai AHLI PARLIMEN P.94 HULU SELANGOR.

Kenangan

Perlukah aku meratap
Hidup dalam bayangan semalam
Menjerat diri supaya terus mengimbas kenangan
yang memang tak kan merangkak kembali

Biarlah kenangan terus beredar
Pergilah kenangan
Jangan kau terus membelenggu
merewang-rewang dalam fikiran
Mencipta dimensi menghalang keduniaan
Menyekat kebijaksanaan

Ingin ku cipta peradaban baru
Kerna masa depan belum tentu menjanjikan yang indah
Andai terus bergelumang dengan kenangan

Ya, aku akan bangkit
berlari dari kenangan
biarlah kenanganku berkubur tanpa nisan
berliang tanpa lahad
bersemadi tanpa pusara

23 april 2010
segelas kopi panas....

Pas akui slogan, logo Pas For All hampir sama Israel 4 All

sumber dari

http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0423&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_04.htm


KUALA LUMPUR 22 April - Pas mengakui slogan dan logo Pas For All yang diperkenalkan pada 2007 sebagai platform politik kepada semua rakyat Malaysia hampir menyamai slogan dan lambang Israel 4 All.

Naib Presiden parti itu, Datuk Mahfuz Omar berkata, bagaimanapun, ia tidak diciplak daripada slogan dan logo yang diperkenalkan Israel bagi sektor pelancongannya.

"Hampir sama tapi tak sama. Kita tidak ciplak. Israel 4 All itu adalah usaha meningkatkan sektor pelancongan negara itu.

"Sementara Pas For All pula adalah untuk parti politik," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin pada sidang Dewan Rakyat hari ini berhubung slogan parti itu yang dikatakan ada kaitan dengan slogan yang diperkenalkan Israel sebelum ini.

Perkara itu dibangkitkan ketika perbahasan usul bagi merujuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana mengaitkan gagasan 1Malaysia dengan firma perunding asing, Apco Worldwide dan One Israel.

Mahfuz turut menafikan pimpinan Pas mengetahui wujudnya slogan Israel 4 All yang hampir menyamai slogan yang diperkenalkan Pas sebelum ini.

Logo Pas For All dilancarkan pada 11 September 2007 sempena tarikh serangan ke atas World Trade Center (WTC), New York.

Ia bertujuan mendekati golongan bukan Islam melalui gerakan dakwah dengan mengikis perasaan fobia terhadap Islam di kalangan mereka.

Selain itu, ia juga dicetuskan dan diusahakan oleh Lujnah Perpaduan Nasional (LPN) Pas yang dipengerusikan oleh Dr. Mujahid Yusuf Rawa.

Logo ini mempunyai bendera Pas dan Malaysia serta tulisan Pas For All dalam bahasa Melayu, Mandarin dan Tamil.

Jalan itu

Jalan itu masih sama
masih berlumpur tanah
masih berbau wangi daun

Jalan itu masih berliku
mencabar matang akal
menguji cekal hati

Jalan itu masih sama
Tiap hari ada kaki yang memijaknya

yang beza hanya pengembara hina
menyusur jalan dengan angkuh
mendabik dada dengan sombongnya
menjulang dagu ke langit
tanpa pernah merujuk jalan
dimakinya jalan
bila kaki tersadung
hidung menyembah bumi
tanpa sedar diri berlaku angkuh..

jalan itu masih sama...

Buang bayi...

sebulan dua ni berita asyik memaparkan tentang berita buang bayi..

terkilan dan sedih hati apabila menatap tangan kecil yang lemah dan tak bernyawa lagi..
tiada ihsan dan sayang ke dalam masyarakat kini????

Tapi,,, adakah benar kebanyakan bayi yang dibuang ini adalah bayi tempatan???
ATAU pun bayi hasil daripada pekerja atau pelajar asing yang melakukan zina?????

xkira la sape pun.. aku melaknat mereka yang membuang bayi...

mereka yang buang bayi tersebut adalah
Lebih BINATANG DARIPADA BINATANG!!!!!

kalau xnak pun, pergilah hantar elok-elok kat pusat kebajikan ke, rumah anak yatim ke... bayi-bayi tersebut punya hak utk hidup seperti kita...

Apa hak mereka untuk merampas nyawa bayi tersebut????

sedih....