Apa lah cerpelai ni

Anwar dakwa dapat sokongan AS

KOTA KINABALU 28 Feb. - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) hari ini mengaku mendapat sokongan dan perhatian daripada Amerika Syarikat (AS) dalam kes tuduhan meliwat yang sedang dihadapinya.

Malah, katanya, beliau turut mendapat sokongan daripada pemimpin negara Islam lain seperti Turki dan Qatar.

Tambahnya, dalam isu kes liwatnya itu beliau turut mendapat sokongan daripada bekas Presiden Indonesia, B.J Habibi selain 58 Ahli Parlimen Australia.

"Minggu lalu saya pergi ke Qatar, Perdana Menteri, Syeikh Hamad jemput saya. Peluk saya dan bagi sokongan. Perdana Menteri Turki, (Recep Tayyip Erdogen) peluk saya dan dengan sedih berkata, saya menyokong kamu.

"Hillary Clinton (Setiausaha Amerika Syarikat) ketika di Qatar, apabila dia nampak saya dia terus bangun dan salam. Saya ingat kalau peluk, saya pun OK tetapi dia tidak peluk saya, kalau dia peluk, nanti Utusan Malaysia akan ambil gambar.

"Saya nak tanya dia bagaimana keadaan Clinton (bekas Presiden Amerika Syarikat) kerana membuat pemeriksaan jantung. Tetapi belum sempat saya bertanya, dia kata sebenarnya kami bersama anda Anwar, kami berjuang untuk keadilan," katanya ketika berucap pada majlis sambutan Tahun Baru Cina di Sekolah Menengah Kian Kok dekat sini hari ini.

Turut hadir, Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Naib Presiden PKR, Datuk Dr. Jeffrey Kitingan, Presiden Parti Maju Sabah, Datuk Yong Teck Lee dan Pengerusi PKR Sabah, Ahmad Thamrin Jaini.

Menurut Anwar, beliau turut mendapat sokongan daripada wartawan luar termasuk seorang editor terkenal dari India yang datang ke Kuala Lumpur baru-baru ini.

Sementara itu, mengulas mengenai isu kalimah 'Allah', Anwar masih tetap dengan pendiriannya bahawa kalimah tersebut bukan untuk orang Islam sahaja.

"Orang Arab kata apa sudah jadi dengan Malaysia, 'Allah' sesetengah negeri boleh, setengah lagi tidak boleh. Orang Kristian di Arab guna Allah," ujarnya.

Sumber dari utusan.com.my



Dah kalau orang luar heboh nak sokong kau, suke kau.. apalagi berambus lah kau ke negara-negara yang terima kau... Kau cite kat diorang yang kau alim. cuba bagi saiful chance citer kat diorang tengok ape lak reaksi diorang.


Citer dari pihak kau je, memang la nampak KONONnya ko yang baik... kau yang dianiaya... cuba dua-dua cite baru ADIL. lagi satu sampai skang aku betul-betul pelik.. engkau yang dituduh tapi engkau yang minta prosiding dijalankan secara tertutup. ape pasal?? malu??? takut sokongan xde??? COME ON la... BERANI KERANA BENAR la. kalau kau xsalah kau nak goyang wat pe???

Minta Allah bagi petunjuk kebenaran tentang kes kau ni.

Kota Ini

Sudah bebal telinga ini,
Dilempari kata-kata nista
Mereka dengan angkuh berkata
"kota ini kota maksiat"
Mereka kata,
Makhluk kota ini tiada malu
Berpakaian tapi telanjang..
Berpelukan yang jalang dan yang sundal..

Namun di satu sudut di kota ini
yang si tuli seperti mereka tidak nampak..
Masih ada lagi yang meredah sejuk subuh
Masih ada lagi yang merapatkan saf
Masih ada lagi laungan azan berkumandang,
Masih ada lagi tangan yang sudi memberi..

Berjuta perut mencari nasi di sini,
Berjuta keringat telah tumpah di sini
kota yang kau kata penuh lumpur dosa..

Sudah lah....
Bumi mana tidak di timpa hujan
Maksiat ada di mana-mana
Selagi ada makhluk bertanduk yang dilaknat
Selagi tu ada cicit adam dan hawa yang tewas
Andai iman senipis bawang..

Cis,
Cukuplah...
Jangan di hina kota ini lagi
Kota ini setia menjadi gelanggan permainan ku
Kota ini menjadi gedung ilmu
Kota ini banyak berjasa kepada sesiapa yang mencari haq
kerna kota ini Kuala Lumpur.

6 jenis emosi

ada 6 jenis emosi kalau dibiarkan akan memberikan kesan kepada kesihatan kita.

1. Marah yang berlebihan akan menyebabkan sakit jantung.

2. Takut yang berlebihan akan menyebabkan kemurungan.

3. Kebimbangan yang berlebihan akan memudaratkan buah pinggang.

4. Sedih yang berlebihan kan menyebabkn sakit pada paru-paru.

5. Gembira yang berlebihan menyebabkan sakit jantung.

6. Malu yang berlebihan akan menyebabkan penyakit seperti ulser dan penyakit hati..

Maka kawallah emosi.. Islam anjurkan bersederhana dalam semua perkara...

sumber dari Dr. Muhammad Ali toha "365 tip sihat gaya rasulullah."

Nape orang luar sibuk-sibuk?

aku heran la.. kenape ahli parlimen australia n dewan senat tiba-tiba sibuk nak ganggu urusan perundangan negara ini...

n kenape tiba-tiba kes liwat ni diorang nak sibuk.... kes dadah ke, kes seludup orang xnak lak diorang dok heboh-heboh.

n kenape Anwar mesti dapat keistimewaan yang luar biasa???? atas kapasiti apa, sampai pihak luar beriya-iya nak tolong anWar...

musykil-musykil aku dibuatnya...

Anwar lebih dikenali di barat berbanding Najib... Kenape ek????

Kejam....

apa la dosa pada anak kecil yang dibuang di depan masjid...

Dah jadi binatang ke MAnusia skang ni...

Weh binatang pun taw jaga anak la...

Aku mohon kat ALLAH supaya balasan yang setimpal yang secukup-cukupnya di kenakan ke atas setan yang bertopengkan manusia... kat manusia yang hati binatang ni...

masa silam

masa silam

Jangan pernah menbenciku,
kerna masa silamku.

Jangan pernah hina ku,
kerna masa silamku.

Jangan pernah sisih ku,
kerna masa silamku.

Jangan sesekali buang diriku,
kerna masa silam ku.

Kerna,
masa silamku mengajar aku bertatih melawan godaan,
masa silamku membuat aku kenal diri ini,
masa silamku membuat aku kenal erti sahabat, teman dan lawan,
masa silamku menjadikan aku cukup dewasa tika ini,
masa silamku adalah guru terbaik ku.

masa silam adalah tempat paling jauh bagi manusia.
Kau, aku dan kita bukan semulia junjungan besar yang maksum dari dosa,
pasti pernah terpalit calar hitam di masa silam nan lalu.