masa silam

masa silam

Jangan pernah menbenciku,
kerna masa silamku.

Jangan pernah hina ku,
kerna masa silamku.

Jangan pernah sisih ku,
kerna masa silamku.

Jangan sesekali buang diriku,
kerna masa silam ku.

Kerna,
masa silamku mengajar aku bertatih melawan godaan,
masa silamku membuat aku kenal diri ini,
masa silamku membuat aku kenal erti sahabat, teman dan lawan,
masa silamku menjadikan aku cukup dewasa tika ini,
masa silamku adalah guru terbaik ku.

masa silam adalah tempat paling jauh bagi manusia.
Kau, aku dan kita bukan semulia junjungan besar yang maksum dari dosa,
pasti pernah terpalit calar hitam di masa silam nan lalu.

2 comments:

Suhaimi Abd Wahid berkata...

Jangan tgok masa silam lama2 sgt.. nnt kita jugak yg tak keruan.. masa silam untuk kita beringt..

Tanpa Nama berkata...

Perancangan DAP disebalik pembelaan Anwar oleh Karpal Singh ?

Catat Ulasan

Lu Pikir..Lu Tulis