Subjek pendidikan seks tidak akan diajar di sekolah

Subjek pendidikan seks tidak akan diajar di sekolah

27/04/2010 2:30pm

KUALA LUMPUR 27 April – Mata pelajaran pendidikan seks tidak akan diajar di sekolah, kata Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi.

Beliau berkata, ini kerana subjek tersebut yang lebih dikenali sebagai pendidikan kesihatan reproduktif telah dimasukkan dalam mata pelajaran pendidikan kesihatan dan subjek-subjek lain seperti biologi, sains, sains tambahan, pendidikan moral dan pendidikan Islam.

Justeru, katanya, kementerian dalam memantapkan pengajaran guru dalam subjek pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial telah membuat persedian untuk melatih guru-guru di sekolah menengah dan rendah menjadi Jurulatih Utama (JU) di peringkat kebangsaan dan mereka ini akan melatih guru-guru di peringkat negeri.

"Kursus JU berhasrat untuk memberi pendedahan tentang pelaksanaan pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial dan mencari pendekatan pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang sesuai untuk diterjemahkan ke dalam P&P di dalam kelas seperti yang dihasratkan dalam kurikulum,” katanya ketika menjawab soalan Senator Doris Sophia Brodi di Dewan Negara hari ini.

Doris Sophia ingin tahu sama ada kerajaan bercadang untuk memperkenalkan subjek pendidikan seks di dalam kurikulum sekolah dan kajian yang telah dijalankan berkenaan subjek tersebut dan bila ia akan dilaksanakan. – Bernama



heboh dengan gejala sosial yang kian menular ni, menyebabkan beberapa pihak memberi cadangan supaya subjek pendidikan seks diajar di sekolah.

Di Malaysia, seks masih lagi di anggap "taboo" dan agak sukar dibincangkan secara umum.

Bagi membendung masalah sosial, bukan pendidikan seks yang perlu diperkenalkan. Namun kandungan pendidikan islam dan moral serta pendidikan kesihatan perlu dimantapkan. Kaedah pengajaran yang lebih bermakna perlu bagi memastikan murid mendapat segala maklumat yang perlu mengenai asas-asas pendidikan seks.


0 comments:

Catat Ulasan

Lu Pikir..Lu Tulis