Penstrukturan semula subsidi

Berita di Tv3 semalam ada menyatakan tentang hutang negara dan kerajaan sedang berusaha utk mengurangkan defisit hutang negara bagi mengelakkan negara menjadi seperti kes yang sedang berdepan dengan hutang negara yang tinggi sehingga tidak mampu utk membayar semula...

Salah satu perkara yang menarik minat aku tentang berita ekonomi semalam, pakar-pakar ekonomi berpendapat salah satu cara untuk mengurangkan perbelanjaan negara adalah melalui pengurangan subsidi.. hal ini kerana perbelanjaan subsidi semakin berganda pada setiap tahun.. tahun ni saja perbelanjaan untuk subsidi adalah RM74 bilion.. bukan kecil jumlah tu..

Kerajaan ketika ini perlu merancang satu sistem yang lebih sistematik dan berkesan supaya subsidi yang ingin diberikan sampai kepada kumpulan sasaran yang sepatutnya..

Namun Sepanjang aku hidup ini, beberapa perkara yang aku rasa tidak kena dengan subsidi,

Perlukah warga asing mendapat subsidi yang sepatutnya menjadi milik rakyat malaysia yang berpendapatan rendah... warga asing dengan sewenang-wenangnya mendapat subsidi yang hampir sama dengan rakyat tempatan..

Yang paling ketara ialah subsidi petrol dan makanan seperti gula, tepung dan beras..

PATI dan pekerja asing( tak kira la bangla ke, indon ke, mat salleh ke negro ke) dengan mudah mengisi minyak menggunakan harga subsidi... harga utk warganegara RM 1.80 utk RON 95 dan harga itulah juga untuk sesiapa sahaja tidak kira warganegara, pekerja asing atau PATI... Adilkah????? Saksama kah????

ramai aku tengok bangla n indon beli Beras Nasional yang harganya murah sedikit berbanding dengan beras lain.. hingga timbul isu kekurangan beras tersebut.. mane tidaknya... peniaga makanan beli borong beras nasional, warga asing beli gak.. nk jimat kos.. padahal beras tersebut adalah utk rakyat yang berpendapatan rendah... bukan tak boleh beli beras tersebut tapi perlu dijual dengan harga tanpa subsidi...

Di sini kita nampak betapa longgarnya sistem pengagihan subsidi sehingga ada pihak yang boleh mengaut untung.

belum lagi aku cerita tentang subsidi gula dan tepung... hingga timbul isu kurang gula, kurang tepung tatkala musim perayaan.

Kerajaan perlu cari satu mekanisme baru dalam pengagihan subsidi. seperti setiap pembelian barang-barang yang disubsidi perlulah menggunakan kad pengenalan atau kita kurang kan subsidi. wujudkan la satu sistem baru yang dapat memberikan menang-menang situasi.. baik kepada kerajaan dan rakyat..

duit cukai adalah duit rakyat.... mane boleh kita beri dengan sewenang-wenangnya kepada warga asing... tiada niat utk menghentam kerajaan kerna aku sendiri penyokong kuat kerajaan.. kerana aku penyokong kuat lah aku rasa aku bertanggungjawab untuk menyuarakan apa yang aku rasakan..

"bumi dipijak milik orang"... adakah ini akan jadi keluhan anak bangsa kita kerna apa yang sepatutnya menjadi milik kita dengan senangnya orang luar boleh rasa. kita susah payah usaha dan orang lain makan hasilnya.....

kalau kerajaan berjaya menyelesaikan masalah subsidi ini, dan dapat mengurangkan serba sedikit beban rakyat.. tidak mustahil kerajaan melalui BARISAN NASIONAL boleh menang besar kembali..

0 comments:

Catat Ulasan

Lu Pikir..Lu Tulis