Ketuanan melayu

Nape ketuanan melayu cuba dibangkit kan oleh presiden PKR?

klu beliau beria-ia mahu menghapuskan ketuanan melayu bererti beliau cuba mengubah atau meminda perlembagaan kerana Bahasa Melayu adalah sebahagian daripada Melayu kerana ketuanan melayu lah maka bahasa melayu dijadikan bahasa kebangsaan.. jika ingin menghapuskn ketuanan melayu, maka secara automatiknya kedudukan bahasa melayu dalam perlembagaan akan tergugat..

hal ini berkait juga dengan kesultanan melayu.. kerana kesultanan melayu lah yang melambangkan ketuanan melayu di bumi malaysia ini..

sudah-sudahlah... jgn la dibangkitkan isu ketuanan melayu.. ianya telah diterima sejak kemerdekaan lagi sebagai kontrak sosial yang menjadi tunjang kepada perpaduan antara kaum..

5 comments:

kudabesi87 berkata...

go bunkboque go!!!

ketuanan melayu penting untuk survival org melayu yg masih perlukan bantuan mcm kita...yg tanpa Mara tak mampu pergi ke VUW, QUT, MIT

yg tanpa keistimewaan Melayu tidak mampu membeli rumah di ibu kota

Tanpa Nama berkata...

salam

Ni merupakan satu pemikiran yang kolot daripada manusia yang bergelar Melayu. Orang melayu moden tidak bergantung pada payung ketuanan melayu tetapi yakin Islam. Dalam Islam semuanya sama, yang berbeza hanya ketakwaan. Orang Melayu moden tidak bergantung kepada subsidi. Sudah 53 tahun merdeka, mengapa nasib Melayu masih sama.. miskin dan merempat..
Orang Melayu telah lama diperkudakan oleh pemimpin melayu yang haprak yang berlindung dibelakang 'ketuanan melayu'.
Mereka inilah yang jadi melayu kaya, mereka ini lah pengkhianat bangsa yang harus dihapuskan.

Hj Sulaiman bin Baharom
Bekas penuntut MPIK

A. Asyraf (asd_slade) berkata...

Melayu tak bawa ke mana...bernaung lah di bawah syiar islam,satu landasan yg menjamin kebahagiaan yg hakiki

kudabesi87 berkata...

betul tuan-tuan cakap tu, tp rujuk balik kepada Artikel 153. perkara nih pun dah dijamin oleh PR seperti yg ditonjolkan pada satu kain rentang di daerah Raub. PR menjamin hak orang Melayu dan kedudukan Raja Melayu. maaf tiada gambar.

macam tuan haji cakap tu pun betul, melayu moden tak perlukan subsidi..tp ramai jugak anak pemimpin pembangkang yang pergi ke SBP, MRSM, dan UiTM serta memohon biasiswa Mara. itu pun atas subsidi kerana mykadnya bertulis Melayu.

pengkhianat bangsa ada dimana-mana, jgn berada di dalam diri kita. org yg tak pernah senang melihat kejayaan orang lain juga pengkhianat bangsa. mereka yg mengaut kekayaan dgn makan hasil rasuah..juga pengkhianat bangsa.

Tanpa Nama berkata...

Tidakkah sekarang murid murid diajar yang tiap tiap ayat mesti didahulukan dengan hurup besar, A G H K M , dan melaya di hormati dengan Mekayu?

Catat Ulasan

Lu Pikir..Lu Tulis