Apa lah cerpelai ni

Anwar dakwa dapat sokongan AS

KOTA KINABALU 28 Feb. - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) hari ini mengaku mendapat sokongan dan perhatian daripada Amerika Syarikat (AS) dalam kes tuduhan meliwat yang sedang dihadapinya.

Malah, katanya, beliau turut mendapat sokongan daripada pemimpin negara Islam lain seperti Turki dan Qatar.

Tambahnya, dalam isu kes liwatnya itu beliau turut mendapat sokongan daripada bekas Presiden Indonesia, B.J Habibi selain 58 Ahli Parlimen Australia.

"Minggu lalu saya pergi ke Qatar, Perdana Menteri, Syeikh Hamad jemput saya. Peluk saya dan bagi sokongan. Perdana Menteri Turki, (Recep Tayyip Erdogen) peluk saya dan dengan sedih berkata, saya menyokong kamu.

"Hillary Clinton (Setiausaha Amerika Syarikat) ketika di Qatar, apabila dia nampak saya dia terus bangun dan salam. Saya ingat kalau peluk, saya pun OK tetapi dia tidak peluk saya, kalau dia peluk, nanti Utusan Malaysia akan ambil gambar.

"Saya nak tanya dia bagaimana keadaan Clinton (bekas Presiden Amerika Syarikat) kerana membuat pemeriksaan jantung. Tetapi belum sempat saya bertanya, dia kata sebenarnya kami bersama anda Anwar, kami berjuang untuk keadilan," katanya ketika berucap pada majlis sambutan Tahun Baru Cina di Sekolah Menengah Kian Kok dekat sini hari ini.

Turut hadir, Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Naib Presiden PKR, Datuk Dr. Jeffrey Kitingan, Presiden Parti Maju Sabah, Datuk Yong Teck Lee dan Pengerusi PKR Sabah, Ahmad Thamrin Jaini.

Menurut Anwar, beliau turut mendapat sokongan daripada wartawan luar termasuk seorang editor terkenal dari India yang datang ke Kuala Lumpur baru-baru ini.

Sementara itu, mengulas mengenai isu kalimah 'Allah', Anwar masih tetap dengan pendiriannya bahawa kalimah tersebut bukan untuk orang Islam sahaja.

"Orang Arab kata apa sudah jadi dengan Malaysia, 'Allah' sesetengah negeri boleh, setengah lagi tidak boleh. Orang Kristian di Arab guna Allah," ujarnya.

Sumber dari utusan.com.my



Dah kalau orang luar heboh nak sokong kau, suke kau.. apalagi berambus lah kau ke negara-negara yang terima kau... Kau cite kat diorang yang kau alim. cuba bagi saiful chance citer kat diorang tengok ape lak reaksi diorang.


Citer dari pihak kau je, memang la nampak KONONnya ko yang baik... kau yang dianiaya... cuba dua-dua cite baru ADIL. lagi satu sampai skang aku betul-betul pelik.. engkau yang dituduh tapi engkau yang minta prosiding dijalankan secara tertutup. ape pasal?? malu??? takut sokongan xde??? COME ON la... BERANI KERANA BENAR la. kalau kau xsalah kau nak goyang wat pe???

Minta Allah bagi petunjuk kebenaran tentang kes kau ni.

2 comments:

Tanpa Nama berkata...

Anwar ni bagai orang gila yang merayau-rayau tak tentu haluan. Sesiapa saja yang dia terjumpa dia akan umumkan orang tu sokong dia.

Katanya, "Korang tengoklah, Hillary Clinton, B.J Habibi, Perdana Menteri Qatar, Perdana Menteri Turki, semuanya tak kata saya gila. Semuanya tuduhan semata."

Tercengang-cenganglah Pakar Psikiatri dan orang lain mendengar kata Anwar itu. Mereka pun menggeleng2kan kepala kerana doktor dan orang ramai dah faham benar penyakit Anwar ni. Bukan orang luar tu (PM Turki, Qatar dll) ada periksa Anwar, periksa penyakitnya dan bukannya depa tahu apa-apa.

Maka Anwar terus merayau-rayau kut-kut ada lagi yang sudi lagi mengatakan beliau ok.

segelas kopi panas berkata...

hahaha.. anua sudah mkin kekeringan idea untuk menyelamatkan diri. lantas menggunakan nama orang-orang famous di dunia..

Kalau xjalan kan mungkin anua akan gunakan nama orang planet nameck lak. hahahahhaa

Catat Ulasan

Lu Pikir..Lu Tulis