Satu pembaziran mutlak...

RM171j urus banduan asing

PUTRAJAYA 23 Mac - Kerajaan terpaksa menanggung RM171 juta bagi perbelanjaan banduan warga asing sepanjang tahun lalu. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kos tersebut membabitkan 81,396 banduan warga asing meliputi 40 peratus jumlah tahanan di penjara.

“Jumlah ini tidak termasuk 408,979 tahanan warga asing di 13 depot seluruh negara bagi tempoh 2006 sehingga tahun lalu membabitkan RM341,881 bagi kos perbelanjaan makan sehari sepanjang tahun lepas sahaja.

“Program penghantaran pulang dan pengusiran warga asing yang diuruskan oleh Jabatan Imigresen pula melibatkan kos hampir RM35 juta,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis perjumpaan bersama ahli makmal pengurusan warga asing di sini hari ini.

Turut hadir timbalannya, Jelaing Mersat; Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan timbalannya, Tan Sri Ismail Omar.

Hishammuddin berkata, makmal pengurusan warga asing yang bermula hari ini dan akan berlangsung sebulan bakal membincangkan secara terperinci kaedah terbaik serta mendapatkan maklumat tepat dan terkini jumlah sebenar warga asing yang diperlukan dalam industri.

“Bagaimanapun saya harap 33 ahli makmal ini melibatkan semua kementerian dan agensi termasuk wakil sektor swasta, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dapat mengeluarkan satu mekanisme terbaik pengurusan warga asing yang lebih cepat daripada tempoh sebulan.

“Keputusan hasil perbincangan makmal ini akan dibawa kepada Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI),” katanya.




Satu jumlah yang cukup besar yang dikeluarkan untuk menguruskan lahanat-lahanat ni.. dah la datang cara haram.. wat kerja haram.. memang menyusahkan..

Tatkala ekonomi negara baru nak bertatih meningkat, kita terpaksa pulak keluarkan duit nak bagi lahanat-lahanat ni makan.. nak hantar balik... memang aku menyampah gile dengan PENDATANG ni.. memang aku panas hati.. macam-macam masalah... dengan bawak lari anak gadis orang, dengan setinggan haramnya

Kan bagus kalau jumlah sebanyak itu digunakan untuk bidang pendidikan ataupun pembangunan.. pasti mendatangkan pulangan kepada negara... bukan sedikit jumlah tu, nak pulak negara tengah tak de duit...

umpama melepaskan anjing tersepit... kita bagi diorang masuk bekerja kat negara kita tapi diorang wat tahi lak.. menyusahkan betul.. kalau aku jadi polis, memang aku pukul je lahanat-lahanat ni masa dalam tahanan

0 comments:

Catat Ulasan

Lu Pikir..Lu Tulis