Pisang..








Kali ini, aku ingin berkongsi maklumat tentang pisang.. maklumat yang aku dapat serba sedikit dari pembacaan melalui laman sesawang dan warkah-warkah bercetak.

Pisang berasal dari kawasan Mediterranian dan Asia. Nama pisang dalam Al-Quran ialah 'Talh'.. nama saintifiknya ialah 'musa paradisiaca.


Percaya atau tidak.. khasiat pisang lebih daripada epal.. hal ini kerana pisang memiliki 4 kali lebih PROTEIN, 2 kali lebih zat KARBOHIDRAT, 3 kali lebih FOSPOR, 5 kali lebih vitamin A dan zat besi dan 2 kali leibh mineral dan vitamin lain berbanding dengan epal

Masa aku bersukan dulu, cikgu selalu bagi makan pisang sebagai alas perut sebelum main bola...

Pisang juga lebih murah, berkhasiat dan mudah didapati berbanding dengan buah-buahan import.

Antara khasiat pisang:

1. Pisang dapat meredakan tekanan yang dialami oleh seseorang..kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang

2. Pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin..

3. Menstabilkan usus kecil dan besar dan baik untuk penghadaman.

4. Menenangkan sistem saraf kerana pisang mempunyai vitamin B yang baik utk saraf.

5. Membantu memelihara kadar gula dalam darah.. elok sebagai pencegahan kepada penyakit diabetis.

6. Mengurangkan demam..

Itulah serba sedikit info yang boleh dikongsi..

Pisang juga sedap dibuat lepat, cucur, pengat... terliur lak rasanya tatkala membayangkan juadah-juadah tersebut ketika perut lapar.

3 comments:

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Kuih yang paling saya gemari ialah 'cok kodok (CK)' pisang semenjak zaman kanak-kanak sehingga dah masuk 'asar'. Mak kerap membuatnya dengan mengguna pisang 'awak'. Sekarang ni 'upgrade' dengan pisang mas/berangan. Antara cheese cake 'Secret Recipe' dgn CK, sudah pasti CK menjadi pilihan. He..he..he.

kudabesi berkata...

aiya lu dapat komen dari Mej Ibrahim la..ex nuri pilot

bukan senang nak dapat tu..dia kira wira negara

salam mejar..

segelas kopi panas berkata...

epada mejar (B) Nor ibrahim.. terima kasih kerana sudi hinggap di blog sy.. dan sudi memberi komen.. saya sgt menghargainya..

terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman mejar..

saya juga amat menggemari cok kodok pisang sehingga kini.. kena lak dengan kopi o panas.. mmg nikmatnya hidup. hehe

Catat Ulasan

Lu Pikir..Lu Tulis