Yang Haram tetap Haram

panas hati aku, bila membaca keratan akhbr yang menyatakan bahawa lesen judi bola sepak sudah diluluskan.

walaupun aku menyokong kerajaan tapi ade bnd yang kerajaan buat salah gak...

alasan utk meluluskan lesen tersebut kerana terlalu ramai orang melakukan judi bola sepak secara haram... meluluskan lesen tersebut dikatakan bagi mengawal aktiviti tersebut dan utk melihat jumlah wang yang terlibat...

adakah lesen merempit akan diberikan kerana kerajaan tidak mampu utk mengawal aktiviti merempit yang dilakukan oleh remaja?????

xkira la apa alasan sekalipun, kita sebagai umat islam sedia maklum bahawa judi itu haram...

kerajaan sebagai satu badan eksekutif dalam negara.. kerajaan sepatutnya menentukan apa yang terbaik utk agama bangsa dan negara... JIka kerajaan tegas.. barulah rakyat terutama yang terlibat dengan judi bola sepak akan lebih mengikut arahan berbanding membenarkan mereka berjudi sesuka hati...

kalau diikutkan secara moral sekalipun judi sudah memberi tanggapa bahawa ia aktiviti kurang sihat.. dan kerajaan seharusnya membendung bukannya menggalakkan rakyat tanpa mengira agama utk berjudi...

cukuplah kerajaan dh wat silap dengan membenarkan lesen arak.. natijahnya.. anak bangsa yang beragama islam dengan bangganya menjadi peminum tegar...

banyak dah aku tgk gambar dalam laman sosial, blog, dan melalui cerita-cerita yang aku dengar. Anak bangsa kita meminum arak dengan bangganya...

Kemalangan yang disebabkan oleh pemandu mabuk juga tinggi...

Nah sekarang ni lesen judi bolasepak dibenarkan...kita sama-sama tunggu ape natijahnya...

Bercampur nanti duit yang halal dan yang haram sekali..

ada sahabat aku menyatakan bahawa kalau xde lesen judi bolasepak pun dah ramai orang berjudi.. ni tambah lagi lesen judi bolasepak, lagi ramai la orang yang berjudi. Bolasepak adalah sukan yang sangat diminati di negara kita. Pasti lama-kelamaan, masyarakat akan terbiasa berjudi.. mula-mula atas alasan mencuba, suka sama suka kemudian akan ketagih utk berjudi...

ada sahabat aku juga menyatakan, lesen judi bola sepak dibenarkan utk kaum kafir sahaja dan umat islam diberi pilihan sama ada nak buat atau tidak.. pokok pangkal terletak pada hati masing-masing....

semoga keputusan tersebut dapat ditarik balik..

5 comments:

Mylasia berkata...

Maaf tuan menyibuk kat sini. Cuma apa yang kerajaan buat sekarang bukan menghalalkan yg haram. Kena perbetul ayat tu sebab kalau kita duk pegang ayat tu kita pun kira berdosa sekali. Apa yang kerajaan buat ialah membenarkan org bukan islam untuk berjudi, sama seperti arak dan babi. Membenarkan org bukan islam berjudi,minum arak dan makan babi bukan beerti kerajaan menghalalkan yg haram, sebab benda tu dah memang "halal" bg kaum bukan islam.Saya secara peribadi tidak menyokong tindakan kerajaan itu melainkan kerajaan dapat memberi jaminan yg org islam memang tak boleh berjudi. Kalau ada org islam yg beli kedai atau company tersebut emsti bungkus..

Tanpa Nama berkata...

harap2 k'jaan masih waras..jangan benarkan judi bola ni! cukup2 lah kat Genting nu! Aku penyokong BN tapi dlm hal ni aku x sokong!!

segelas kopi panas berkata...

tidak kira apa alasan sekalipun, sebagai negara yang digelar negara islam dan pucuk pimpinan nya beragama islam.. saya merasakan tidak ada sebab utk meluluskan lesen judi bola sepak tersebut kerana kita sudah sedia maklum judi adalah haram di sisi allah.. mampukah kerajaan nak menanggung dosa mereka yang bermain judi bola sepak????

kudabesi berkata...

the point is if u read the deputy minister statement, u can see that the government claim that they couldn't control the illegal gambling, so they would like to make it legal..

so in the near future, if we can't control other crime such as prostitution, drugs should we provide 'lesen' also?

then we have amsterdam of the east..

segelas kopi panas berkata...

tu yang membimbangkan.. nanti dadah boleh hisap di kafe yang mempunyai lesen sahaja.. nk ke nanti anak bangsa kita hisap dadah secara berlesen.. dan dengan bangganya menyatakan bahawa "ape ada hal, aku isap dadah kat tempat berlesen"

Catat Ulasan

Lu Pikir..Lu Tulis