Apa erti seorang isteri pada sang suami... wanita yang selama ini menyerahkan segala-segalanya kepada suami untuk dilindungi dan dipelihara kini bertukar menjadi gadaian atas nama politik...
Bukankah penceraian merupakan perkara yang halal yang paling dibenci oleh Allah s.w.t dan apa hukumnya menjadikan perkara yang paling dibenci oleh Allah s.w.t ini sebagai gadai janji atau sumpah taat setia..
Di mana martabat institusi perkahwinan?????
Dulu masa nak kahwin bukan main susah minta kat keluarga wanita tersebut, namun atas dasar sumpah politik, senang-senang je nak buang??? talak tiga pulak tu..
maka makin banyak la nanti persatuan ibu-ibu tunggl yang ditubuhkan kerana taklik terjatuh akibat mainan politik sang suami...
Bayangkan jika anak perempuan kita yang dahulu kita kasih, belai manja, apabila meningkat dewasa dijadikan barang gadai janji atas nama politik.....
Tepuk dada tanya iman,
buka mata buka minda,
ada otak, tolong guna
sKUter pUTeh
Designed By Free CSS Templates
0 comments:
Catat Ulasan
Lu Pikir..Lu Tulis