Jenis diet mengikut kategori darah.

“EAT RIGHT FOR YOUR BLOOD TYPE”.
Hasil karangan Pengasas Kumpulan Darah/Founder of ABO Blood Group, Dr Peter J D Adamo kalau tak silap skuter puteh.

Katanya, setiap individu yang mempunyai kumpulan darah (O/A/B/AB) mempunyai tatacara pemakanan khusus yang tersendiri berbanding dengan individu yang berlainan jenis kumpulan darah.




Sesuatu jenis makanan-makanan yang tertentu itu, boleh jadi umpama BOOSTER atau UBAT PENAWAR MUJARAB bagi satu kumpulan jenis darah, tetapi pada masa yang sama makanan-makanan tertentu yang umpama booster bagi satu kumpulan darah itu, boleh jadi ibarat mudarat bagi individu-individu yang berlainan dari jenis kumpulan darah itu.




Dan beliau bersama-sama para santis & pakar perubatan/pemakan telah membuat kajian mengenai Blood Group Diet ini selama berpuluh-puluh tahun. Dan hasilnya memang TERBUKTI BERKESAN & ADA BENARNYA serta TESTIMONI DARI pelbagai jenis lapisan kumpulan manusia dari pelbagai etnik (Caucasian, African, Asian).



Katanya, darah jenis O adalah Meatarian/Pemakan Daging, akan lebih sihat & energetic kalu lebih memakan makanan yang bersumberkan daging seperti, ikan, lembu, kambing, arnab, rusa, ayam, bebiri dan lain-lain.



Darah A ibarat Vegetarian, akan lebih sihat & bertenaga jika kurangkan memakan makanan berdaging & lebihkan makanan yang berasaskan tanaman & tumbuhan spt, nasi, gandum, sayur-sayuran dan lain-lain.



Darah B pula adalah lebih sesuai dgn sumber makanan atau minuman yang berasaskan produk tenusu seperti Susu, Keju, Yogurt, Dadih dan lain-lain.




Darah AB pula adalah General Eater. Boleh menerima dari pelbagai jenis sumber makanan (berasaskan daging dan sayuran).




Katanya lagi, asalnya semua manusia adalah bermula dgn darah jenis O. Katanya O adalah dari manusia yang Asal/Tulen/Original. Darah yang kedua wujud pula ialah A, setelah manusia mengalami era perubahan ketamadunan cara hidup dan pemakanan. Yang ketiga ialah B.Yang moden ialah AB.



*Namun, dalam Kajian yang telah sejak sekian lama dijalankan dari puluhan tahun dahulu & masih berterusan sehingga kini, ada perkara yang memeranjatkan bagi yang mereka ada/pernah membaca buku tersebut.


Katanya Daging BABI ATAU KHINZIR adalah merupakan daging berjenis HIGHLY DANGEROUS, ibarat RACUN bagi SEMUA JENIS KUMPULAN DARAH. Manakala makanan-makanan seperti MADU, ZAITUN, KISMIS, KURMA, JINTAN HITAM/HABATUS SAUDA, SPIRULINA disahkan sebagai makanan yang bermanfaat bagi SEMUA JENIS KUMPULAN DARAH.



*Maka di sini, kedapatan bahawa SESUNGGUHNYA AGAMA ISLAM INI MEMBAWA AJARAN YANG HAQ LAGI SYUMUL. Baginda SAW bersabda, “Aku tinggalkan pada kamu sekalian akan Dua Pedoman, yang mana sekiranya kamu berpegang teguh kepada keduanya, maka kamu tidak akan sesat buat selama-lamanya, iaitulah AL-QURANUL KARIM & SUNNAHku (HADIS).



Wallahu’alam… sekadar berkongsi setitik ilmu dari lautan Al-RASHID

2 comments:

Pokjak a.k.a. Aizat berkata...

ko lak amal diet spesis mner ?

segelas kopi panas berkata...

sbb aku xamal la aku jd gni.. pasni insyaallah aku amalkan..

Catat Ulasan

Lu Pikir..Lu Tulis