cara nk jaga skuter

nama je skuter puteh.. tapi aku tak pernah cerita ape pn tentang skuter...

kali ni, skuter puteh nk kongsi ilmu sedikit..

cara-cara nak jaga skuter.. skuter ni beza sedikit penjagaannya dengan motor lain.. sebab skuter tak pakai gear dan rantai tapi pakai tali sawat untuk menggerakkannya.



yang biasa skuter puteh buat tiap kali nak selenggara motor skuter ni ialah tukar minyak hitam, minyak gear, 'spark plug'.. biasa kalau setiap kali servis tu memakan belanja hampir RM 40 ke RM 50 bergantung kepada jenama minyak hitam dan kedai yang dikunjungi. antara jenama minyak hitam yang disyorkan ialah 'motul' untuk skuter dan shell VSX. sbb sepanjang skuter puteh pakai jenama ni, motor senang dihidupkan walaupun dalam keadaan sejuk dan mampu untuk mengekalkan prestasi walaupun anda melakukan perjalanan jauh.



kalau agak-agak susah nak hidupkan enjin, cuba periksa kembali, bila kali terakhir anda servis skuter anda?, palam pencucuh(spark plug) bila kali terakhir ditukar? Bila kali terakhir isi air bateri atau bila kali terakhir tukar bateri?


Kalau perjalanan anda sudah menjangkau hampir ke 5000 km, anda dinasihatkan supaya melakukan penyelenggaraan bagi mengekalkan prestasi enjim motor anda di tahap yang memuaskan dan disyorkan untuk mencuci kaburator setiap 10,000 km bagi membuang air terkumpul akibat wap petrol dan membuang habuk.


anda juga dinasihatkan untuk menukar tali sawat apabila sudah menjangkau jarak perjalanan lebih 10 000km kerana kemungkinan besar tali sawat anda sudah haus dan mungkin akan menyebabkan kerosakan yang lebih teruk jika dibiarkan. hal ini pernah terjadi kepada skuter puteh dulu dan skuter puteh mengalami kerugian akibat terpaksa menukar komponen-komponen lain yang rosak disebabkan oleh tali sawat.;



Rajin-rajinlah periksa bunyi enjin, kalau agak-agak dah semacam, ada bunyi asing, cepat-cepatlah hantar kepada bengkel berhampiran. kalau dibiarkan kerosakan kecil ini dikhuatiri kerosakan besar akan terjadi dan akan menelan belanja yang lebih besar.


Bersihkan habuk dan dan pasir-pasir yang melekat pada permukaan enjin dan gear bagi mengelakkan habuk dan pasir ini berkumpul di permukaan enjin..

sesiapa yang ada info tambahan boleh tambah di ruangan komen di bawah.

11 comments:

incik kuda titanium berkata...

cara nak jaga skuter senang jer

beli skuter buatan itali..memang tahan

diperakui oleh mamat superbike, silap leh naik genting skali ngan geng SBK lagi

nih cerita mamat SBM.com tau..kapten nik, sapa tak kenal..

Tanpa Nama berkata...

atas font lain, bawah font lain..
copy paste ke brader?

tau laa kopi panas...

segelas kopi panas berkata...

prove it to me.. dari sumber mane?

Tanpa Nama berkata...

salam.saya pakai skuter ego s,mak blikan.saya nk taw myk itam aper yg bagus tk ego s

mcdaa berkata...

sy pn pkai skuter...ni nk kgsi cra sy jg ego s. tukr mnyk itam tiap 2000km... pgi2 bek start cra manual dr gna starter.. kalo tekn starter 1st n 2nd time xidup, tarik 'chok' (pngln btul nya ak xtau) then tkn starter blik, bia 'chok' on 2-3 min then ttp blik 'chok' tu...kalo lupa ttp nti melayang la korng...

abekrenat berkata...

BRO, CAMANA NAK TUKAR SPARK PLUG YAMAHA EGOS S?

abekrenat berkata...

kt mana letaknya sparkplug tu?

Tanpa Nama berkata...

bro br pkai karisma secondhand.leh nak 80 km/j jer.throttle byk lg leh pulas.tp stakat 80km/j je la.pe mslah??

Asyraf Kenji berkata...

mana dok gto?

akmaresz05 berkata...

salam, saya pakai moto scuter ego s...pagi ni bila sampai nye sy ke tempat keje...sy nmpak myk petrol menitik2 ..blh bgtau sy ape kerosakan yg perlu sya baiki n cek...

Unknown berkata...

Carb masalah

Catat Ulasan

Lu Pikir..Lu Tulis