sKUter pUTeh
Designed By Free CSS Templates
Asal USul TeH
diwartakan oleh
segelas kopi panas
| Ahad, 1 November 2009
Teh dikatakan datang dari negara tembok besar China. Teh ini ditemui oleh seorang Kaisar SHeng Nun. Dikatakan beliau sedang mendidihkan air dan secara tiba2 angin sepoi2 bahasa telah menerbangkan beberapa helai daun camelia dan daun tersebut telah jatuh ke dalam bekas air yang sedang di didihkan.
Dek kerana terpesona dengan aroma yang dihasilkan oleh daun camelia yang berada dalam didihan air tersebut. Beliau mencuba lah minuman tersebut dan kemudiannya bila dah layan sedap. Beliau pun menyebarkan resepi baru yang ditemui kepada masyarakat cina ketika itu.
TEh ni bAnyak Khasiat nya. Antaranya menyembuhkan sakit buah pinggang, batu karang, demam, infeksi dan tumor di kepala. Penyataan ni bukan direka sebarangan. ia telah dibuktikan oleh penyelidikan pakar-pakar pemakanan.
Teh hanya menjadi popular di Eropah pada Abad ke-17, di mana pedagang Belanda telah mengambil teh dari cina dan menjual nya di Eropah. Ketika itu, bangsa Mat salleh ni lagi suka kopi berbanding teh. Namun ble dah byk org minum n rasanya sedap maka selera mereka pun beralih kepada teh. Bangsawan Eropah ni ada protokol die masa nk minum teh. Leceh sikit berbanding kat Malaysia yang lagi senang. order je kat gerai. minta je teh tarik or teh ais.
DI malaysia, tidak ada selera yang spesifik bagi minuman. bukan semua orang suka minum teh n bukan semua suka minum kopi. Bagi SKUTER PUTEH, aku lagi suka kopi berbanding teh. Ada gak keburukan teh ni. nk taw kena tanya secara privasi. hehe. (takut menjatuhkan industri penjualan teh negara).
Penanaman terbesar teh di Malaysia adalah terletak di Cameron Highlands. Aku penah lak merasa teh yang baru dipetik. memang sedap n menyegarkan. tapi kebanyakan teh cameron highlands ni di eksport sbb kualiti nya antara yang terbaik di dunia.
Teh ni kalau nk bagi sedap, kena campurkan antara teh serbuk dan teh uncang. Kalau nk lagi sedap campur 3 atau jenis jenama lain. Nak bagi aroma n rasa die lagi menarik. Kalau yang teh uncang tu buka uncang die n gaul kan dulu dengan kemudian kering kan. Boleh juga dicampurkan kulit kayu manis yang telah dikisar atau bunga cengkih yang telah dikisar. Boleh try la klu nk taw rasanya. Sebab itu para wanita kena taw sbb ape suami or anak2 mereka lebih suka minum teh di kedai atau warung2
Biasa klu aku g tgk bola kat kedai mamak aku lagi suka mintak teh halia atau teh o halia. Pergh rasanya mmg puas. boleh buang angin n panaskan badan. (sebab tgk bola malam).
Tapi kebiasaannya pengunjung kedai mamak ni termasuk kawan2 aku akan minta teh ais or teh tarik.. memang puas klu pekena teh ni sambil tgk bola. hehe.
stakat ni la segelas kopi panas dari skuter puteh. klu ada yang nk tambah info blh komen di ruangan yang disediakan
2 comments:
tahukah anda semasa peristiwa Boston Tea Party yg berlaku dlm kemuncak Revolusi Amerika vs UK, tong2 teh telah dicampak ke laut oleh revolusioner US.
dan meminum kopi dianggap lebih patriotik kerana minum teh boleh dianggap sebagai budaya org Inggeris.
jd..tak amerika la minum teh!!! haha
betul.. aku penah terbaca gak tentang tu.. sebb tu amerika memperluaskan pasaran kopi masa itu.
Catat Ulasan
Lu Pikir..Lu Tulis