BAhasa

BAHASA JIWA BANGSA, ROSAK BAHASA MUSNAHLAH BANGSA....


kadang-kadang aku tertanya-tanya, betul ke pernyataan di atas atau ia hanya sekadar penyataan yang hanya menyedapka halwa mata dan telinga yang mendengarnya...



yang aku tahu setakat ni bahasa melayu kita memang dah dirosakkan gara-gara penyalah gunaannya seperti bahasa SMS, bahasa pasar dan penyalah gunaan tatabahasa yang sama sekali merosakkan keindahan bahasa.

kadang-kadang aku naik menyampah bila tengok di kaca televisyen, selebriti mahupun pemimpin masyarakat dan pemimpin parti-parti politik di Malaysia menggunakan bahasa melayu tanpa mengikut tatabahasa yang betul. Kalau setakat borak-borak di rumah tak mengapalah, tetapi apabila memberi ucapan di hadapan media massa yang ditonton oleh seluruh lapisan masyarakat, tolonglah gunakan bahasa yang betul, tidak kira la anda di parti kerajaan atau pun pembangkang. Anda tu pemimpin, maka apa yang anda disebut pasti menjadi ikutan terutamanya anak-anak muda yang masih di bangku persekolahan.

Pastu heboh buat demonstrasi buat bantahan kata kerajaan lacurkan bahasa melayu apabila melaksanakan PPSMI (pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris). sedangan kan kamu sendiri tidak menggunakan bahasa dengan betul. tidak memantapkannya dengan menggunakan bahasa yang tunggang langgang

Antara kesalahan bahasa yang acapkali membuatkan telinga aku jadi bengkak dan jadi sakit bila dengar ialah:-

"mereka-mereka "(apa makna mereka-mereka?, aku dah rujuk kamus dewan tidak ada perkataan mereka-mereka) yang hanya adalah 'mereka' di mana ia merujuk kepada kata ganti diri ketiga untuk bilangan banyak. jadi kalau 'mereka' dah menunjukkan banyak, kenapa ia perlu dijamakkan. tidak itu tandanya orang yang tidak berfikir atau erti kata lain BANGANG. Kalau orang melayu sendiri yang salah guna bahasa, tak reti guna bahasa dengan betul, kaum lain apatah lagi. jangan cakap pakai sedap mulut, cakap guna kepala otak yang ALLAH bagi dengan sebaik-baiknya.

"para-para" contoh ayat " para-para hadirin sekalian. ini lagi satu perkataan yang aku cukup mual, cukup berbulu bila dengar orang menggunakan ia dengan salah. para-para merujuk kepada rak yang diperbuat daripada kayu. bukan merujuk kepada manusia atau orang.

"Semua orang-orang" padahal sedang bercakap dan berucap di hadapan audien. apa makna ini, setahu aku orang-orang ni merujuk kepada patung yang diletakkan di tengah-tengah sawah padi. Ada ke orang beri ucapan pada orang-orang? ada ke yang bercakap dengan patung sawah?? setahu aku orang yang bercakap dengan patung ni ada dua, sama ada kanak-kanak atau orang yang tidak dapat berfikir secara waras


ditambah pula dengan ucapan dengan menggunakan bahasa rojak.. setahu aku, dalam majlis-majlis rasmi kerajaan atau institusi awam, hanya bahasa melayu sahaja dibenarkan. ini tidak kejap nak cakap melayu pastu campur cakap inggeris, nak tunjuk kononnya beliau cukup arif dalam bahasa inggeris. Kalau bahasa inggeris, kita begitu ambil berat dari segi pertuturan kita kerana malu kalau salah sebut atau salah guna tatabahasanya, namun kalau bahasa sendiri tunggang langgang, boleh pulak gelak-gelak bila salah sebut. kalau setakat pelajar atau murid sekolah masih boleh dimaafkan tetapi yang tak patut terjadi di mana pengarah atau ketua kepada sesebuah institusi kerajaan ketika berucap menggunakan bahasa yang bercampur-campur. kejap inggeris kejap melayu. tidakkah mereka sedar bahawa bahasa melayu adalah bahasa kebangsaan dan setiap majlis rasmi hanya menggunakan bahasa melayu rasmi sahaja bukan bahasa melayu rojak yang ditambah dengan bahasa-bahasa lain..


sedih bila mengenangkan tapi apalah dayaku..... mungkin jika hang tuah masih lagi bernyawa hingga tika ini , pasti beliau akan menukar penyataannya yang menyatakan 'TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA' sebab bahasa melayu semakin hari semakin dirosakkan oleh orang melayu sendiri. bila rosak bahasa maka rosaklah bangsa, bila bangsa dah rosak pasti bangsa tersebut akan musnah ketamadunannya bila musnah ketamadunnya, tunggulah azab seksa daripada allah. sebab orang yang hidup tanpa ketamadunan ialah orang yang hidup tanpa mengikut landasan agama.



tepuk dada tanya otak, adakah kita yang bersalah, atau media yang bersalah, atau pemimpin yang bersalah, atau tiada siapa yang bersalah?????


jangan sampai anak cucu kita tidak mampu untuk menuturkan walau sebaris ayat menggunakan bahasa melayu dengan betulnya....



skuter puteh.....

2 comments:

kudabesi berkata...

bahasa Melayu di pandang sepi..sorry gua (nih pun rosak bahasa gak) tak guna bahasa Malaysia, BM nih bkn milik negara nih, bkn milik indon, bkn milik yala..tp milik bangsa Melayu Nusantara

berapa ramai yg menghormati perkara 152 perlembagaan?

BM adalah utk urusan rasmi tmasuklah perhimpunan, klu nak berucap juga dlm english ke mandarin ke..blh tp ikut la protokol

yg benar,
ahli setia persatuan Bahasa Melayu Afzan Chenor
2000-2004

segelas kopi panas berkata...

betul tu.. gunakan lah bahasa dengan baik.. kalau orang melayu sendiri tidak mampu untuk menutur dan menggunakan bahasa melayu dengan baik dan betul. siapa lagi yang nak gunakan

Catat Ulasan

Lu Pikir..Lu Tulis