cara nk jaga skuter

nama je skuter puteh.. tapi aku tak pernah cerita ape pn tentang skuter...

kali ni, skuter puteh nk kongsi ilmu sedikit..

cara-cara nak jaga skuter.. skuter ni beza sedikit penjagaannya dengan motor lain.. sebab skuter tak pakai gear dan rantai tapi pakai tali sawat untuk menggerakkannya.



yang biasa skuter puteh buat tiap kali nak selenggara motor skuter ni ialah tukar minyak hitam, minyak gear, 'spark plug'.. biasa kalau setiap kali servis tu memakan belanja hampir RM 40 ke RM 50 bergantung kepada jenama minyak hitam dan kedai yang dikunjungi. antara jenama minyak hitam yang disyorkan ialah 'motul' untuk skuter dan shell VSX. sbb sepanjang skuter puteh pakai jenama ni, motor senang dihidupkan walaupun dalam keadaan sejuk dan mampu untuk mengekalkan prestasi walaupun anda melakukan perjalanan jauh.



kalau agak-agak susah nak hidupkan enjin, cuba periksa kembali, bila kali terakhir anda servis skuter anda?, palam pencucuh(spark plug) bila kali terakhir ditukar? Bila kali terakhir isi air bateri atau bila kali terakhir tukar bateri?


Kalau perjalanan anda sudah menjangkau hampir ke 5000 km, anda dinasihatkan supaya melakukan penyelenggaraan bagi mengekalkan prestasi enjim motor anda di tahap yang memuaskan dan disyorkan untuk mencuci kaburator setiap 10,000 km bagi membuang air terkumpul akibat wap petrol dan membuang habuk.


anda juga dinasihatkan untuk menukar tali sawat apabila sudah menjangkau jarak perjalanan lebih 10 000km kerana kemungkinan besar tali sawat anda sudah haus dan mungkin akan menyebabkan kerosakan yang lebih teruk jika dibiarkan. hal ini pernah terjadi kepada skuter puteh dulu dan skuter puteh mengalami kerugian akibat terpaksa menukar komponen-komponen lain yang rosak disebabkan oleh tali sawat.;



Rajin-rajinlah periksa bunyi enjin, kalau agak-agak dah semacam, ada bunyi asing, cepat-cepatlah hantar kepada bengkel berhampiran. kalau dibiarkan kerosakan kecil ini dikhuatiri kerosakan besar akan terjadi dan akan menelan belanja yang lebih besar.


Bersihkan habuk dan dan pasir-pasir yang melekat pada permukaan enjin dan gear bagi mengelakkan habuk dan pasir ini berkumpul di permukaan enjin..

sesiapa yang ada info tambahan boleh tambah di ruangan komen di bawah.

35 comments:

incik kuda titanium berkata...

cara nak jaga skuter senang jer

beli skuter buatan itali..memang tahan

diperakui oleh mamat superbike, silap leh naik genting skali ngan geng SBK lagi

nih cerita mamat SBM.com tau..kapten nik, sapa tak kenal..

Tanpa Nama berkata...

atas font lain, bawah font lain..
copy paste ke brader?

tau laa kopi panas...

segelas kopi panas berkata...

prove it to me.. dari sumber mane?

Tanpa Nama berkata...

salam.saya pakai skuter ego s,mak blikan.saya nk taw myk itam aper yg bagus tk ego s

mcdaa berkata...

sy pn pkai skuter...ni nk kgsi cra sy jg ego s. tukr mnyk itam tiap 2000km... pgi2 bek start cra manual dr gna starter.. kalo tekn starter 1st n 2nd time xidup, tarik 'chok' (pngln btul nya ak xtau) then tkn starter blik, bia 'chok' on 2-3 min then ttp blik 'chok' tu...kalo lupa ttp nti melayang la korng...

abekrenat berkata...

BRO, CAMANA NAK TUKAR SPARK PLUG YAMAHA EGOS S?

abekrenat berkata...

kt mana letaknya sparkplug tu?

Tanpa Nama berkata...

bro br pkai karisma secondhand.leh nak 80 km/j jer.throttle byk lg leh pulas.tp stakat 80km/j je la.pe mslah??

Unknown berkata...

mana dok gto?

akmaresz05 berkata...

salam, saya pakai moto scuter ego s...pagi ni bila sampai nye sy ke tempat keje...sy nmpak myk petrol menitik2 ..blh bgtau sy ape kerosakan yg perlu sya baiki n cek...

Unknown berkata...

Carb masalah

Tanpa Nama berkata...

Tumpang tanya . Kenapa eh moto ego s saya kerap mati kalau kt tgh jalan .

Unknown berkata...

tumpang tanya kenapa moto saya selalu bawa di hiway lepas tu bwa dia mcm tarik balik . nak kata jem x . tapi kita bwa dia jd berat . dah hantar bengkal tp 2 hari lepas tu jd lg

Unknown berkata...

Saya nak tanya la....motor ego saya semalam saya da ganti minyak hitam dengan minyak gear.. tpi motor ye sama je rasa berat lepastu jadi semput...bila nk pulas dia mcm nak mati...kaburator tu biasa bila service ye

Unknown berkata...

Sy pakai motor skuter modenas vision..masalah motor tue ade masa ok ade masa berat time bawa..adakah masalah timing belt @ auto @ benda lain..terasa berat dan ade bunyi walaupun naik sorang..mohon pencerahan

ramlykk berkata...

coil elengan 150 ada jual tk

Ujang berkata...

Tuan, boleh rekemen bengkel moto yg expert service/repair yamaha ego lama ni. Moto saya tahun 2016
Enjin boleh hidup tapi pulas minyak dah tak jalan. Sya sedia dihubungi di 019 9954007

zainal abidin berkata...

Coil plug

Unknown berkata...

tuan...boleh jelaskan kenapa ego s bergerak pada starting lembab tidak kira jln biasa ataupun naik bukit...utk itu...saya juga ingin bertanya apa fungsi pulley depan,pulley belakang,auto clucth ,roller pulley & belring...sekian terima kasih

zuzu berkata...

Kenapa naik bukit moto nouvo s semput . Baru je tukar minyak gear box

Nik Saiful Bahri berkata...

Hose petrol bocor. Anggaran RM 20 tukar. Selalunya 1 @ 2 tahun berlaku.

Nik Saiful Bahri berkata...

Air filter

Nik Saiful Bahri berkata...

Tukar air filter kalau naik bukit semput. Kalau jadi lagi tukar puli belakang. Puli depan kelajuan rendah. Puli belakang kelajuan tinggi. Auto clutch = puli belakang. Roller fungsi untuk idling enjin stabil tak gerak. Kalau roller haus motor gerak sendiri ke depan. Bearing fungsi sambungan besi besi sentiasa licin tanpa gris.

Nik Saiful Bahri berkata...

Dekat belakang tumit kaki kanan. Bukak body bawah seat akan nampak kabel plug. Cabut kabel plug akan nampak spark plug.

Nik Saiful Bahri berkata...

CDI dah nak rosak

Nik Saiful Bahri berkata...

Kalau jadi lagi tukar puli belakang.

Nik Saiful Bahri berkata...

Myk itam scooter

Nik Saiful Bahri berkata...

Banyak tu nak jawab. Servis je. Tukar plug, minyak hitam dan minyak gear setiap 2 bulan sekali.

Iqran1992 berkata...

Ego solariz 2019 saya bawa dia jadi semput lepastu mati. Start balik pun jadi yang sama. Ada cadangan dak

Neezam berkata...

Assalam tuan...motor skuter modenas elit sport saya..kadang2 rasa ade pikap...bila dah panas pulak tkde pikap kenapa tuan...minyak enjin..gearbox..belting..pulley pon dh tukar..tpi masih lembab juga...

Unknown berkata...

Sama mcm solariz ssya

Unknown berkata...

Assalamualaikum bang, saya nak tanya motor skuter avantiz saya bila start ok je pakai starter tangan x de masalah. Tpi bila tengah jalan dia jadi semput n mcm nak mati. Tpi kadang2 je berlaku. Bila bawak laju ok je bila bawak slow dia jadi semput. Kat meter x de pulak menyala apa2. Kenapa eh tu bang? Kalau repair berapa pulak harganya?

Sunofsigns berkata...

Saya pengguna Avantiz, saya dapat pecut skuter stakat 60 - 70km/j je , macam semput take jugak, sekejap ada signal eco kat meter, Dan padam, skuter belum setahun and meter Masih belum 2000 km. Jarang pakai, baru sekali servis tuka minyak Dan minyak gear, harap sesiapa boleh membantu.

Unknown berkata...

Nak tanya, kalau jalan jauh setiap seminggu boleh dak? Ego gear 2021

Tanpa Nama berkata...

sama dgn sy, mcm mana penyelesainnya eh?

Catat Ulasan

Lu Pikir..Lu Tulis