Guru rogol, liwat 5 murid ditahan
KUCHING 12 Nov. – Perbuatan kejam seorang guru lelaki yang dipercayai merogol serta meliwat lima orang muridnya sejak tiga tahun lalu berakhir apabila dia ditahan polis, kelmarin.
Guru berusia 27 tahun itu diberkas setelah polis menerima laporan yang dibuat oleh pihak sekolah tempat dia mengajar di Lubok Antu.
Perlakuan jenayah guru itu dipercayai bermula sejak tahun 2006 apabila dia dikatakan merogol dan meliwat lima murid perempuan berusia antara tujuh hingga 10 tahun.
Ketua Polis Daerah Sri Aman, Deputi Supritendan Mat Jusoh Muhammad berkata, polis menahan suspek di rumahnya berdasarkan laporan yang dibuat oleh pihak sekolah.
“Kesemua mangsa dipercayai telah dirogol serta diliwat oleh suspek secara berasingan sejak 2006.
“Suspek yang juga penduduk tempatan kini ditahan reman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Mat Jusoh memberitahu, kesemua mangsa telah dihantar ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.
Katanya, pada masa ini, pihaknya sedang melakukan siasatan sebelum mengemukakan laporan kes itu kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) untuk pendakwaan.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut berhubung kes itu kerana siasatan masih dijalankan.
Panas hati aku, geram jiwa aku bila baca petikan akhbar ni... macam mana lah masyarakat tak pandang rendah pada profesion perguruan tika ini, tatkala guru-guru sekarang bukan lagi pelindung murid, bukan lagi pembimbing murid..
Sedih pun ada gak.. apa la nak jadi dengan murid-murid yang teraniaya tu, gelap masa depan kerana lilin yang diharapkan untuk menerangi jalan tapi bertukar menjadi pembakar kepada sebuah perjalanan hidup..
Bukankah tiap-tiap tahun apabila guru-guru meraikan Hari Guru, guru-guru akan menyanyikan lagu tema tersebut..
Rangkap pertama dah menyatakan tentang ikrar dan janji guru:
Kami guru Malaysia,
Berikrar dan Berjanji,
Mendidik dan Memimpin,
Putra Putri negara kita.
Dan rangkap terakhir lagu tema tersebut menyatakan:
Amanah yang diberi,
Kami tak persiakan,
Apa yang kami janji,
Tunai tetap kami tunaikan..
Tidak tersemat walau sedikit kah dalam hati, bait-bait indah llirik yang dinyanyikan tiap-tiap tahun???
Tidak tercalit kasihan kah tatkala melihat wajah-wajah anak bangsa yang dahagakan ilmu namun diperlakukan sedemikian...
Kenapa lah tergamaknya binatang yang bertopengkan manusia ini melakukan perbuatan keji itu...
Kalau aku ada kat sekolah tu memang aku pijak anunya.. biar xleh pakai.. bagi anjing makan.. silap-silap anjing pun geli nak makan. gampang punya jantan..
takde sifat kemanusiaan ke?? Zalim??? Kejam??? cuba bayangkan kalau adik kau yang kena?? Kalau anak ke yang kena???
Otak letak kat mane???? Bangang!!!!!!!!!
Ni la jadi bila otak letak kat anu....
Ish........... %#@&$)%#(%)#@!!!!!!!!!!!
Namun hati kecil ku masih percaya bahawa di luar sana masih ramai lagi guru yang membimbing murid ke jalan yang lurus, masih banyak lagi lilin-lilin yang membakar diri demi menerangi jalan anak bangsa..
Dan semoga aku dijauhkan daripada sifat-sifat keji yang dilakukan oleh guru yang tidak amanah tersebut pabila tiba masa untuk aku berkhidmat menyampaikan setitik ilmu lautan Al Rashid..
1 comments:
tembak jer orang macam nih
smoga kita smua dijauhkan dari perbuatan mcm nih
Catat Ulasan
Lu Pikir..Lu Tulis