Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa
Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh
Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi
Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk
Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa
Engkaulah wanita istimewa
Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan
Lagu : Syamer (ADA Exists Sdn. Bhd.)
Lirik : Syamer (ADA Exists Sdn. Bhd.)
tersentuh hatiku tatkala mendengar lagu yang didendangkan oleh kumpulan De hearty ini,
syukur aku panjatkan kepada Allah S.W.T kerana telah menciptakan lelaki dan wanita itu berpasang-pasangan. Kalau tiada ciptaan agung ini pasti hidup akan sunyi.... sepi..
Bumi akan bermandikan darah sepanjang darah, kerana lelaki dengan lelaki pasti akan berbunuh-bunuhan jika tiada wanita sebagai pendamai..
Islam sendiri mengangkat martabat wanita itu sebaris dengan lelaki. Malah dalam al-quran terdapat surah-surah yang menyatakan tentang wanita. Antaranya surah an-nisa bermaksud perempuan.. takde surah lelaki dalam al-quran..
Namun wanita insan yang lemah yang hanya punya 1 akal dan 9 nafsu.. mudah terpedaya.. mudah tertipu... mudah tergoda... kerana akalnya satu... fikirannya tidak jauh namun wanita adalah insan yang paling teliti, paling rajin, paling cermat dan paling kemas di atas muka bumi ini.. dek kerana akalnya satu inilah membuatkan wanita menjadi gigih mencari ilmu berbanding dengan lelaki.. memang tidak mampu dinafikan lagi jumlah kaum hawa semua institut pengajian tinggi awam dan swasta di monopoli oleh kaum hawa...
JIka dahulu ketika zaman jahilliyah, zaman gelap, zaman rom dan parsi martabat wanita ini cukup hina. boleh dijadikan barang gadaian, ditanam hidup-hidup. tak dapat aku bayangkan betapa azabnya nasib wanita pada ketika itu. namun kedatangan islam telah membela nasib wanita, meletakkan ia sebaris dengan kaum adam.
Allah berfirman dalam surah al imran:
Sesungguhnya aku tidak mensia-siakan amal-amal orang yang beramal baik lelaki mahupun perempuan
Wanita ni tidak boleh dilayan secara kasar sangat dan dilayan secara lembut sangat... kerana wanita ni dicipta dari tulang rusuk yang bengkok.. kalau kita berkeras nak jadikan tulang tu lurus tulang tu akan patah.. kalau gunakan pendekatan lain iaitu dengan berlembut, tulang tu akan tetap dan terus membengkok mencucuk hati dan jantung..
wanita ini suka dipuji tapi ingatlah kaum wanita kelak dirimu akan binasa kerana terlalu mengejar
pujian yang dihamburkan ke atas mu.
Peliharalah diri dengan keimanan kerana hanya iman lah benteng yang cukup kuat
untuk menepis godaan syaitan..
Andai musnah wanita, rosaklah negara, runtuhlah masyarakat
hilanglah keindahan dunia kerana
wanita adalah hiasan dunia, seindah hiasan adalah wanita solehah...
aku nak tujukan penghargaan kepada wanita paling berjasa, paling aku sayangi dalam hidupku
salbiah bte abu bakar. terima kasih atas kasih sayang, pengorbanan dan segala-galanya.. terima kasih kerana sanggup membawa aku dalam rahim mu selama 9 bulan 10 hari
kepada wanita yang aku paling cintai
wahidatul akmal binti haji alias.
Terima kasih atas kasih sayang dan pengorbanan selama ini..
2 comments:
wanita...wanita...wanita
woit aku klik mr potato ko
klik balik utk aku nanti..tggu smpai kuar iklan
lepas tu..pasang la cbox. senang sket
Catat Ulasan
Lu Pikir..Lu Tulis