Belanja Sekolah

Tiba je hujung tahun pasti membuatkan kebanyakan ibu bapa mula pening memikirkan bajet untuk persekolahan anak-anak. Baju sekolah satu set, alat-alat kelengkapan lain, kasut, beg, baju uniform, buku-buku dan yuran. gamaknya dekat 800 kot sorang.

Budak2 skang terutama budak2 bandar, mane nak gemar pakai baju or kasut tahun lepas. bagi mereka naik tahun baru semua kena baru, dari hujung rambut sampai hujung kaki

ni lak anggaran bajet aku( mungkin tepat dan mungkin x)

Baju sekolah 2helai (satu sekolah agama) : RM 45
Seluar sekolah 2helai (satu sekolah agama) : Rm 28
Buku tulis Rm 80
kasut dan stokin RM 35
Beg RM 30
Alat tulis RM 20
baju uniform (pengakap atau lain) Rm 75
Yuran (campur sekolah agama) Rm150

Jumlah: Rm 463

tu belum masuk duit tambang bas, tuisyen, duit belanja hari

tu baru seorang anak, kalau 3 anak? macam aku dulu, abah n mama aku terpaksa kuarkan belanja utk 4 orang anak yang bersekolah.. tapi alhamdulillah mama n abah x pernah merungut pasal belanja sekolah sebab biasanya diorang akan simpan duit siap2. kira menabung la..

Patutnya pengorbanan ibu bapa ni dibalas dengan kejayaan tapi kenapa sejak akhir2 ni perangai budak sekolah makin teruk..

kes buli, ponteng, gaduh, khalwat n macam2 lagi. zaman aku sekolah dulu ada la gak benda2 gni tapi sekolah menengah je la.. tapi skang ni budak2 skolah rendah pun dah mula buat perangai. baru darjah 5 dah pandai isap rokok.. gaduh, buli.

Kalau xdapat nak balas jasa parent dengan kejayaan atau keputusan yang cemerlang, cukuplah dengan menjadi anak yang baik dan mendengar kata. xbuat masalah. kira berbaloi la gak duit ringgit yang mak bapak keluarkan untuk belanja sekolah anak-anak.

Kenang lah jasa ibu dan ayah.. bukan senang nak membesar kan dan menyekolahkan anak-anak. Berjuta-juta terima kasih untuk mama dan abah yang dah menyekolahkan aku.. tak terbalas jasa dan pengorbanan kalian.

zaman sekolah hanya sekali, dh terlepas susah nak patah balik...ingatlah murid-murid sekolah..

bila tulis pasal hal ni buat aku teringat kat lagu Allaharyam Sudirman.. pesan abang

adikku muda remaja
awasi bila melangkah
wajahmu manis bak bunga
pasti ramai yang tergoda

Tidak dilarang kau bersuka
Asal tahu kan batasnya
Jangan sampai adik terlupa
Harapan dan cita-cita

ibu dan ayah
menaruh harapan
Agar kau berjaya
di hari kemudian

Bila tiba waktu petang
Dari sekolah kau pulang
Bergalas buku di pinggang
siapa lihat kan tertawan

adik masih bersekolah
awas segala dugaan
adik kan ambil periksa
agar senang masa depan

3 comments:

Tanpa Nama berkata...

kalau tweens (anak2 materialistik) lagi parah. nak yang berjenama saja

baju pengakap tu dapat free. kementerian bagi

SSS Admin berkata...

Kepada e-Patriot SSS,

Sempena kita melangkah ke tahun 2010, kami di Satu Sekolah Untuk Semua (SSS) ingin menghulurkan setinggi perhargaan dan terimakasih kepada Tun/Tan Sri/Puan Sri/Dato Seri/Datin Seri/Tunku/Tengku/Tuan/Puan di atas sokongan padu yang kami terima terhadap kempen SSS ini.

Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk kita sama-sama menyemarakkan lagi sokongan terhadap kempen ini dengan melibatkan saudara mara dan sahabat handai yang masih belum lagi menandatangai petisyen kempen ini di SINI dan juga para bloggers untuk menzahirkan sokongan masing-masing dengan mempamirkan logo SSS di laman blog masing-masing.

Terima kasih sekali lagi atas sokongan padu yang diberikan. Kami amat menghargainya.

Salam Sejahtera,

“SATU BAHASA, SATU BANGSA, SATU NEGARA”
Admin SSS

segelas kopi panas berkata...

saya sentiasa menyokong apa bermanfaat untuk bangsa agama dan negara saya.
\
saya akan sentiasa memberikan sokongan kepada SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA

Catat Ulasan

Lu Pikir..Lu Tulis