Tahniah Pasukan B-23 Malaysia

Tahniah... tahniah.. tahniah..

Aku merasa bangga di atas pencapaian pasukan bola sepak kali ini...... Permulaan pada perlawanan pertama agak baik dengan menewaskan Timor Leste 11-0, namun harapan nampak sedikit goyah apabila tewas pada Vietnam dalam peringkat kumpulan, Kembali menghidupkan sisa perjuangan dengan menewaskan Kemboja 4-o dan mengejutkan Thailand 2-1, membuka semua mata di Asia Tenggara yang Malaysia mampu bangkit untuk mencapai emas..

Kemudian dengan langkah bergaya menewaskan tuan rumah 3-1 dan seterusnya MENANG ke atas Vietnam 1-0. menamatkan BADI 20 tahun.. dari coach tempatan, kita pakai coach luar, then pakai blk coach tempatan. dan sentuhan K.Rajagobal mencorakkan kemenangan yang didahagakan oleh seluruh rakyat MALAYSIA iaitu untuk melihat MALAYSIA merangkul EMAS bolasepak.

Sepanjang 2 siaran langsung yang aku lihat. Corak permainan MALAYSIA benar2 berubah.. kalau dulu main slow je. bosan aku tengk.. tapi kali ini MALAYSIA menguasai permainan dan melancarkan serangan bertali arus. tak putus2 MALAYSIA menyerang.. GAME mcm ni baru rakyat nk tgk. kalau dulu lembik je.. nak lari jap pastu org langgar ckit tumbang... tapi team kali ni berbeza sungguh.. larian deras sepanjang permainan yang aku lihat. dari mula smp nak habis game... Pemain nampak bersemangat.. baru lah yang menonton jd semangat..


TAHNIAH DAN SYABAS.. buat K.RAJAGOBAL, jurulatih2 dan para pemain yang bertungkus lumus untuk menghadiahkan kemenangan yang telah lama dinantikan..

aku BANGGA, PM BANGGA, 1 MALAYSIA BANGGA... tahniah.

0 comments:

Catat Ulasan

Lu Pikir..Lu Tulis