sKUter pUTeh
Designed By Free CSS Templates
Pencinta Hina
diwartakan oleh
segelas kopi panas
| Jumaat, 11 Disember 2009
Pencinta Hina...
Ingin dihamparkan kepada dikau
Segala kemewahan dunia
Agar kau mengerti
Bahawa dirimu tak ternilai...
Ingin ku janjikan bulan dan bintang
Menjadi permainan mu..
Agar kau senantiasa riang tertawa
Namun ku khuatir janji dimungkiri
Kerna, diriku tak punya segalanya
Aku hanya Pencinta Hina di bumi Ar-rahman...
Yang mengemis cinta dan kasih
Ya, aku Pencinta Hina,
Yang tiada harta berjuta,
Yang tiada paras dan rupa,
Yang tiada pangkat dan darjat...
Namun,
Pencinta Hina ini
Faham apa itu setia,
mengerti nilai pengorbanan..
Menghargai harga sebuah kasih dan sayang...
Skuter Puteh... 12/12/09
*Sayang... thanks 4 everything.. love u..
3 comments:
pergh bersajak..
tak kau janjikan emas tempawan menghiasi dirinya,
tak tercapai oleh mu membelah gelora mencari mutiara buat sang dara,
dan tidak termampu oleh mu, mengarang rumus algebra..semata-mata membuktikan cinta mu yang hampir infiniti
kerna kau seperti ku, lelaki tak berduit juga tak pandai bermain logis matematika
=)
clicked iklan ko..time cuti2 ni. tp kena tdo lambat la
weh xmasyuk gle cuti ni. naik 25sen je. sakit jiwa betul
abg...xske la ckp cmtue..i NEVER said 'that' word...dh laa..jgn ckp cmtue..i love u so much...i love u bcoz of u..bkn sbb nk pape....
Catat Ulasan
Lu Pikir..Lu Tulis